Cik Epal kongsi gambar wajahya cedera diserang oleh isteri bahaharu Jofliam – yang merupakan bekas suaminya.

Sebelum ini netizen gempar dengan pendedahan Cik Epal bahawa beliau pernah menanggung separuh daripada bayaran sewa rumah yang kini didiami oleh Jofliam dan isteri baharunya, Dewi.

Pendedahan ini dibuat menerusi hantaran di Instagram, di mana Cik Epal meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Dewi yang didakwa mencampuri urusan peribadinya dengan bekas suami.

Cik Epal kongsi rakaman video beliau pergi ke rumah bekas suaminya itu. Di mana kedua duanya dalam keadaan tegang ketika bersemuka.

Menurut laporan mStar, Cik Epal menyatakan bahawa sebelum Jofliam memulakan perniagaan piza, beliau dan Jofliam berkongsi bayaran sewa rumah tersebut.

Dan beliau pergi ke rumah tersebut baru baru ini, hanyalah untuk mengambil barang-barang miliknya, bukan untuk mencetuskan sebarang ketegangan dengan bekas suami atau isteri baharu Jofliam.

Cik Epal kongsi gambar wajahnya luka diserang Dewi

Namun begitu, keadaan menjadi tegang apabila berlaku pertengkaran antara Cik Epal dan Dewi. Di mana Cik Epal mendedahkan Dewi telah menyerangnya secara fizikal.

Cik Epal menulis: “Si betina hamak berulang kali jerit “THIS IS MY HOUSE”. Oii betina hamak, kau dah lah satu sen pon tak pernah keluar duit bayar rumah tu.

 

“Laki kau start bayar sewa full pon lepas dia ada bisnes pizza. Sebelum ni aku half-half tau bayar rumah sewa tu dengan laki kau hasil bisnes @makajihq dan @fairfithq aku.

Cik Epal Kongsi Gambar Wajahnya Calar Dicakar Isteri Baharu Jofliam

 

“Kau ingat aku hamak sangat ke rumah sewa tu semalam? Aku nak kutip barang-barang aku je la bibik oiii. Kau tak payah menyibuk menempel muka kau pon semalam sepatutnya.

 

“Bukan ada kena mengena dengan kau pon hal semalam. Pastu nak serang dan cakar aku apahal? Aku nak kutip barang yang aku beli guna duit aku je. Bukan nak hadap muka korang pasangan penyondol.”

Cik Epal kongsi senarai semak barangan miliknya yang sudah dituntutnya dengan yang masih belum dituntut kerana Jofliam dan Dewi enggan memberikan kerjasama.

cik epal kongsi senarai

Dewi pada masa yang sama sudah membuat laporan polis menyatakan bahawa Cik Epal yang mengasarinya.

Sebaai rekod, Cik Epal dan Jofliam telah bercerai pada Oktober 2024 selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua orang anak, Han dan Yuki.

Jofliam kemudian berkahwin dengan Dewi pada April 2025. Sebelum ini, Cik Epal pernah mendedahkan bahawa beliau berusaha memperbaiki hubungan rumah tangganya dengan meminta maaf setiap hari demi anak-anak, namun usahanya tidak berhasil. ​