Pempengaruh media sosial, Cik Epal pada hari ini telah menggesa pihak Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN) menyiasat bekas suaminya yang mengusahakan bisnes pizza wagyu.
Melalui pendedahan yang dibuat di IG miliknya, Cik Epal telah berkongsi secara terperinci jumlah jualan yang berjaya mampu diperolehi oleh bekas suaminya menerusi penjualan pizza wagyu tersebut pada setiap bulan.
“LHDN, tak ada orang berniaga tak nak untung. Tolong kasi duda aku tinggal spender”
“Siasat habis perniagaan pizza dia yang 100% cash”, tulis di IG Stories akaun Cik Epal.
Dia membidas dakwaan bekas suaminya yang bisnes itu tidak menguntungkan serta mendedahkan mampu menggajikan pekerja setinggi RM600 – RM1,600 sehari.
“Sehari buat 500 pcs pizza. 500 pcs x RM150 bersamaan RM75,000 sales sehari. Buat every weekend sabtu dan ahad. Sebulan dapat aroud RM600K sales, benda-benda free tu semua marketing untuk menarik orang beli pizza dia,” ujarnya lagi.
Malah, dia menambah bahawa makanan dan minuman yang ditawarkan secara percuma sewaktu penjualan pizza wagyu itu hanyalah satu marketing stunt untuk menarik minat orang ramai membelinya.
Di samping itu, dia juga memberi bayangan jikalau pembayaran hanya dalam tunai adalah satu taktik untuk melarikan diri dari dikenakan cukai oleh pihak LHDN.