Pada hari ini alat rokok elektronik, vape mempunyai pelbagai rekaan yang menarik perhatian lebih-lebih lagi pelajar sekolah.
Baru-baru ini tular gambar cikgu sebuah sekolah merampas vape yang berbentuk peralatan tulis.
Baca Juga:
- Remaja Ini Halusinasi Dan Cakap Seorang Diri Kerana Hisap Vape ‘Magic Mushroom’
- Puteri Sarah Main Main Sahaja Hisap Vape Acu
- Pengurus Peribadi Minta Maaf, Kerana Terbagi Puteri Liyana Vape
Menerusi hantaran Public Health Malaysia, cikgu berkenaan menghantar mesej di dalam WhatsApp Group meminta orang ramai peka dengan penjualan vape sebegitu rupa.
‼️Mohon ibu bapa dan guru guru tolong alert dengan design v*pe
Sekali pandang memang nampak macam pen marker dan gam uhu. Rekabentuk pensil 2B pun ada! pic.twitter.com/CTeMjBGlks
— Public Health Malaysia (@health_malaysia) October 3, 2024
“Makluman terkini, bentuk vape terkini. Mohon guru-guru dan ibu bapa berjaga-jaga dengan inovasi pihak pengusaha vape yang boleh menghancurkan pelajar-pelajar kita. Terima kasih,” petik hantaran WhatsApp itu.
Daripada gambar-gambar yang dikongsikan, memang jelas kelihatan vape itu menyerupai pen marker dan gam uhu jika kita sekali pandang sahaja.

Orang ramai berharap pihak berkuasa dapat segera membanteras vape yang berupa peralatan tulis terbabit supaya tiada pelajar terjebak dengan budaya kurang sihat itu.