Penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau lebih dikenali sebagai Vapor adalah haram bagi mereka yang beragama Islam.

Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan yang di muat naik di laman Facebook Mufti Wilayah Persekutuan dan laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), hari ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Menurutnya Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, hukum merokok terpakai untuk isu rokok elektronik kerana qiyas kepada rokok sebenar, kenyataan pakar menunjukkan ia mudarat bahkan boleh jadi lebih mudarat daripada merokok itu sendiri.

Malah, katanya, ia merupakan asas pertimbangan yang amat kuat kerana mafsadahnya atau keburukannya tidak boleh disangkal lagi serta mudaratnya telah diperakui oleh pakar dan badan-badan berkuasa.

“Merokok satu pembaziran, meniru budaya yang bukan Islam dan dilihat tidak bermaruah serta terdapatnya fatwa ulama yang menyokong tentang pengharaman rokok elektronik ini.

“Justeru, kami berpendapat seperti itu juga. Kami nyatakan di sini fatwa yang dikeluarkan menyatakan hukumnya sama seperti hukum rokok biasa. Justeru, hukumnya adalah haram,”

vaping-haram-2

Dr Zulkifli berkata, dalam isu ini, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah salah satu cara untuk menolong penghisap rokok berhenti daripada merokok.

Justeru, ia menggunakan rokok elektronik sebagai alternatif kepada cara berhenti merokok.

“Sebenarnya anggapan ini adalah menyimpang daripada asas kerana dikatakan ada juga bahan tobacco dan nikotin yang asalnya daripada bahan yang boleh memabukkan dan memberi mudarat kepada kesihatan manusia.

“Kami juga menyeru umat Islam untuk meninggalkan penggunaan rokok elektronik berdasarkan kenyataan di atas.

“Alangkah baiknya duit yang kita gunakan untuk membeli rokok atau vapor, kita masukkan ke tabung masjid, menyantuni anak-anak yatim, memberi makan kepada fakir miskin serta membantu keperluan mereka,” katanya.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber