Penguasaan kemahiran membaca, menulis, dan mengira (3M) merupakan tiang seri utama dalam pendidikan murid Tahun 1 bagi memastikan mereka tidak keciciran dalam sistem pembelajaran yang semakin mencabar.

Pada masa sama murid juga perlu menguasai kemahiran motor halus kerana ia sangat kritikal dalam menyokong perkembangan fizikal dan kognitif mereka.

Baca Juga:

Bagaimanapun ramai cikgu mendapati pelajar Tahun 1 pada tahun ini mengalami kesukaran untuk mendengar arahan melakukan perkara asas seperti menggunting kertas.

“Tekankan kemahiran 3M itu memang betul dah, tapi tahu tak, kemahiran motor halus budak-budak sekarang, sangat membimbangkan ya.

“Gunting kertas guna gunting pon susah, itu belum suruh potong kertas guna pembaris,” kata salah seorang cikgu di pengguna Threads.

Luahan itu turut diakui oleh beberapa pengguna Threads yang memerhatikan masalah yang sama.

“Sangatlah setuju. Tahun ini paling mencabar keimanan saya bila ramai pelajar tahun 1 saya tidak boleh pegang gunting, koyak kertas, apatah lagi kupas kulit buah. Anak tuan puan mungkin bijak bestari dari segi 3M, tapi dari segi mendengar arahan, kemahiran motor halus, pengurusan emosi semuanya boleh dikatakan masih . . .

“Pahit tapi benar. Ini realiti yang ramai rakan pendidik hadapi bila terima murid Tahun 1 sekarang ramai yang ‘bijak’ skrin tapi ‘struggle’ nak guna gunting atau pegang pensel dengan kemas. Kadang-kadang kita terlepas pandang, aktiviti harian macam butangkan baju/koyak kertas tu sebenarnya latihan motor halus yang sangat hebat sebelum mereka mula menulis. Apa agaknya punca utama anak-anak sekarang kurang ‘physical play’ ya? Adakah faktor kekangan masa atau kita terlalu fokus pada akademik semata-mata?

“Betul sangat. Kadang itu rasa macam pelik dan berfikir sendiri. Kenapa budak-budak ini susah nak guna gunting? Nak lekatkan benda mudah pun perlukan bantuan. Tak kecam cuma pelik,” kongsi kebimbingan para cikgu.