Pada tahun 2012 lagu ‘Cinta Muka Buku’, ‘Sahabat’ dan ‘Carta Hati’ menjadi satu fenomena di kalangan kita semua. Lagu-lagu itu dinyanyi Najwa Latif yang pada ketika itu baru berusia 17 tahun.
Walaupun nampak kejayaannya, namun ada kepahitan yang perlu beliau hadapi pada ketika itu.
Baca Juga:
- Pernah Putus Asa Sambung Belajar, Najwa Latif Bangkit Raih 4 Flat Untuk Master
- Sekumpulan Mat Saleh Ini Telah Lakukan Sesuatu Pada Karya Najwa Latif. OMG!
Menerusi perkongsian X.com @kroolnizam, dalam satu rakaman video Najwa Latif mendedahkan cikgu pada ketika itu memperlekehkan lagu-lagu yang dicipta dan dinyanyikannya.
Kadang2 kata2 yg diycapkan tu ibarat pisau,yg mana kesannya akan diingati oleh org tu selamanya. Kesian najwa latif,cikgu yg patut beri sokongan tp cakap mcm tu kat dia. X semua boleh terima kata2 buruk mcm tu pic.twitter.com/Vx49MKUmri
— KnizaM Leo 🇲🇾🔰 (@kroolnizam) February 25, 2024
“Lagu saya, kakak saya lagu sampah. Pernah keluar ayat itu, lagu sampah. Lagu 4 chord, lagu basic.
“Bila cikgu cakap saya tidak akan berjaya, sudah tentu kita rasa macam kenapa cikgu cakap macam itu? Bila cikgu cakap kita tidak akan berjaya, ia membuatkan kami rasa sukar percaya,” ujar Najwa Latif yang sedih apabila teringat kata-kata cikgu itu.
Menurut penyanyi itu lagi, sepanjang dua tahun beliau bersekolah (Tingkatan 4 dan 5), itu adalah pengalaman hidup yang paling teruk sekali.
Sehinggakan beliau ada membuat keputusan untuk berhenti sekolah dan bekerja kedai fast food.
“Saya pernah cakap dekat mak saya – Wawa nak berhenti sekolah mak. Wawa kerja sahaja McD ya mak. Tak payahlah kalau tak menyanyi pun tak apalah (atau) jadi penyanyi dan buat kerja sahajalah dekat McD. Wawa tak nak pergi sekolah. Wawa tak suka,” kata Najwa dengan penuh sebak.
Tambahnya lagi, beliau berasa sangat sedih apabila orang lain tidak percaya dengan kebolehan yang kita sendiri ada.
Najwa menekankan apa yang menambahkan lagi kesedihan apabila kita sendiri percaya apa yang orang lain cakap mengenai ‘kegagalan’ itu.
dia samada 2 je.. cikgu cakap macam tu…kalau hati kita kental, kita take it as cabaran..push ourself to prove them wrong.. tp tak semua hati kental.. ramai jgk akan terkesan n feel down.. rasa tak semua cikgu ade niat buruk pd anak muridnya.. wallahualam..
— Mia Haneesa (@HaneesaMia) February 25, 2024
Sebenarnya kita kena berterima kasih dengan @NjwaLatif dan @ainantasneem.. Dorang la pencetus buat lagu yang santai2 dan easy chord.. Sebelum muncul nya dorang ni semua banyak artis buat lagu lyric2 puitis dan chord guitar susah.
— Faiz Mazli (@FaizMazli4) February 26, 2024
Hantaran tersebut turut meruntun hati netizen. Ramai turut mengakui terguris dengan kata-kata segelintir guru-guru mereka sewaktu zaman persekolahan.
Pun begitu, warganet menyarankan orang ramai (lebih-lebih pelajar pada waktu ini) supaya kuat dan tidak mengambil terlalu serius kata-kata kurang enak daripada guru.
Sebaliknya gunakan kata-kata tersebut untuk membuktikan pandangan guru terbabit salah dengan menciptakan kejayaan sendiri.
Dalam masa sama, netizen turut mengucapkan terima kasih kepada Najwa Latif kerana menjadi pencetus kepada lagu-lagu yang santai dan catchy, mudah dinyanyikan oleh pelbagai lapisan generasi.