Mereka yang bekerja sebagai guru dan pekerja kesihatan adalah antara orang yang paling berpotensi untuk curang dengan pasangan mereka, lapor Newsweek yang memetik kajian RANT Casino.

Kajian itu mengambil data tinjauan yang dibuat ke atas 3,800 orang di seluruh United Kingdom bagi mengetahui pekerjaan apakah yang berpotensi menipu pasangan mereka.

Baca Juga:

Sekitar 85 peratus kes curang bermula di tempat kerja, dan satu daripada lima pekerja mengaku tidak setia dengan pasangan mereka.

Di tempat teratas untuk pekerjaan yang berpotensi curang dengan pasangan adalah jurujual, dengan 14.5 peratus daripada semua pekerja dalam bidang ini mengaku pernah curang.

Sementara itu, di tempat kedua pula diduduki oleh guru dengan 13.7 peratus dan pekerja penjagaan kesihatan berada di tangga ketiga dengan 12.5 peratus.

Industri yang berpotensi untuk curang dengan pasangan pula adalah pengangkutan dan logistik, hospitaliti dan pengurusan acara, kejuruteraan dan pembuatan, hartanah dan pembinaan, perakaunan, perbankan dan kewangan, teknologi maklumat dan angkatan tentera.

Sementara itu, pekerjaan yang kurang berpotensi untuk curang dengan pasangan adalah mereka yang berada dalam bidang sains dan farmaseutikal, diikuti oleh ahli perniagaan, perundingan dan pengurusan, penguatkuasaan undang-undang dan keselamatan, seni kreatif dan terakhir media.

Peguam yang selalu dipandang serong oleh masyarakat pula hanya curang pada kadar 0.5 peratus sahaja.

Sumber