Seorang cikgu sambilan dari Malaysia ‘kantoi’ mencuri kad kredit dan wang tunai beberapa ribu yen ketika berlangsung aktiviti bola keranjang di salah sebuah kelab bola keranjang di Jepun.
Salah satu media iaitu Tokyo Tweet memuat naik video kejadian tersebut di laman X yang menunjukkan guru itu menyelongkar salah satu beg yang diletakkan di sisi gelanggang.

Baca Juga:
- Risiko Jika Arif Aiman Berhijrah Ke Liga Jepun
- Bukan Tempat Cari Jodoh, Lelaki ‘Single’ Tak Boleh Masuk Zoo Jepun
- Bapak Ayam Jepun Dengan Gaji RM35,000 Sebulan Rancang Nak Pindah Ke Malaysia
Ketika kejadian, kelab yang berpangkalan di bandar Takatsuki, wilayah Osaka itu sedang menjalankan aktiviti bebas di antara ahli kelab.
大阪府高槻市のバスケットボールサークルで練習中に現金やクレジットカードなど窃盗
日本名を使い初参加していた中学校非常勤講師でマレーシア国籍のウォン・カ・フェイ容疑者(26)逮捕
カメラには男が物色する様子が映る pic.twitter.com/tTKrKWZogF— Tokyo.Tweet (@tweet_tokyo_web) February 17, 2025
Cikgu Curi Kad Kredit Dan Wang Tunai
Menurut laporan media tempatan, pihak polis menyatakan cikgu tersebut menyamar sebagai warga tempatan untuk memasuki kelab bola keranjang tersebut.
“Lelaki yang terlibat dikenali sebagai Wong Ka Fei (26), pensyarah sekolah rendah sambilan warganegara Malaysia yang ditahan kerana disyaki mencuri kad kredit dan wang tunai dimana beliau menyamar sebagai warga tempatan untuk memasuki kelab buat pertama kali,” kata polis.
Sementara itu, salah seorang ahli kelab yang menjadi mangsa menyatakan beliau kehilangan kad kredit dan beberapa wang tunai bernilai ribuan yen.
“Jumlah kerugian dianggarkan berjumlah puluhan ribu yen dalam bentuk tunai dan juga kad kredit,” tambah pihak polis.
Wong yang ditahan kemudiannya mengaku beliau mencuri beberapa kad kredit namun beliau menyatakan tidak tahu mengenai wang tunai yang hilang semasa kejadian.
Pihak polis turut menyatakan bahawa ada beberapa kejadian sama yang berlaku di bandar Takatsuki dan mereka kini sedang menyiasat sama ada Wong terlibat dalam kes berlainan.
Di ruangan komen, rata-rata rakyat Jepun mahu kerajaan mengambil tindakan tegas diambil terhadap warganegara asing yang membuat kekacauan di negara mereka.
“Perkara seperti ini normal bagi warga asing yang ada di sini. Sudah tiba masanya kerajaan mengambil langkah yang serius untuk menangani mereka,” tulis seorang pengguna.