Polis telah menerima laporan daripada keluarga pelajar berusia 17 tahun bahawa guru pelajar tersebut menjalinkan hubungan cinta dengannya.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan menegaskan bahawa laporan polis diterima pada Disember tahun lalu. Dan siasatan lanjut akan dilakukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dipetik dari BH Online, Siti Kamsiah berkata: “Polis sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.”

Selain itu, Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan bahawa kes itu disiasat mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Seks Terhadap kanak Kanak 2017.

“Siasatan masih berjalan yang mana kertas siasatan dihantar ke Bukit Aman sebelum diarahkan meneruskan siasatan,” katanya.

Semalam telah tular satu hantara di X daripada saudara mangsa cikgu tersebut mendedahkan bagaimana seorang guru wanita telah mengambil kesempatan ke atas anak murid sendiri.

Ibu kepada pelajar itu sudah pun pernah membuat laporan polis. Guru tersebut sudah dipindahkan ke sekolah lain, namun pengguna X itu menyatakan bahawa adiknya masih berhubung dengan guru tersebut.

Lebih memeranjatkan, guru tersebut adalah isteri orang yang sudah ada anak 5. Kakak kepada pelajar tersebut menyatakan ibu mereka sudah penat dengan apa yang berlaku.

@bharianmy

Polis siasat guru wanita ‘bercinta’ dengan pelajar #BeritaDiTiktok

♬ original sound – Berita Harian – Berita Harian

Kerana guru tersebut berterusan mengganggu adiknya walaupun sudah diberikan amaran.

Kini dia berdepan dengan siasatan atas kes pengantunan seksual (sexual grooming) terhadap pelajar lelaki berusia 17 tahun.

Hantaran asal di X telah dipadamkan oleh kakak pelajar itu atas nasihat peguam.