Pagi ini menjadi saksi apabila Apple secara rasmi telah melancarkan siri cip terbaru mereka iaitu Apple M3. Pelancaran ini sekaligus menjadi pengeluaran cip generasi ketiga keluaran syarikat ini.

Tiga cip daripada siri M3 diperkenalkan iaitu Apple M3, Apple M3 Pro dan Apple M3 Max.Menariknya mengenai cip ini, kesemuanya hadir dengan binaan berasaskan 3 nanometer yang menjanjikan penggunaan tenaga dan penawaran kuasa pemprosesan yang lebih baik dan cekap.

Baca Juga:

Cip Apple M3 selaku cip paling asas pada siri kali ini hadir dengan cip 8-core beserta GPU 10-core  dan RAM 24GB. Cip Apple M3 Pro pula hadir dengan cip 12-core, GPU 18-core dan 36GB RAM.

Apple M3 Max muncul sebagai cip paling berkuasa dengan penawaran CPU 16-core, GPU 40-core serta sokongan RAM sehingga 128GB. Lebih hebat, Apple mendakwa Apple M3 Max mampu menawarkan kuasa pemprosesan 40 kali ganda lebih baik berbanding Apple M1.

Sokongan ray-tracing, Dynamic Caching GPU serta Neural Engine yang lebih baik antara yang tersedia pada cip ini. Apple MacBook Pro dan Apple iMac muncul sebagai produk terawal yang menyokong cip terbaru Apple ini.