Seorang remaja lelaki telah menyuntik dirinya sendiri dengan merkuri. Situasi ‘gila’ ini terjadi selepas beliau mengaku terpengaruh dan nekad mahu menjadi superhero sehingga hampir meragut nyawanya sendiri, lapor Lad Bible.

Budak lelaki berusia 15 tahun itu dikatakan mahu menjadikan hero siri Marvel X-Men, Wolverine sebagai contoh yang telah disuntik merkuri secara paksa ke dalam dirinya.

Selain itu, laporan juga menyebut remaja itu turut juga membiarkan labah-labah menggigitnya, kononnya dengan cara itu dia boleh menjadi seperti Spider-Man.

Kes luar biasa ini ditulis dalam satu laporan khas di Pusat Maklumat Bioteknologi Kebangsaan India, yang memperincikan kecederaan kanak-kanak yang tidak disebutkan namanya selepas dia sengaja menyuntik merkuri ke dalam badannya.

Laporan itu menyatakan bahawa budak lelaki itu pada mulanya melawat jabatan trauma di India dengan ‘masalah luka yang tidak sembuh pada lengan kiri’, ‘dua bulan selepas trauma oleh objek tajam’.

Pakar perubatan mengesyaki bahawa berlakunya penyalahgunaan bahan mungkin menjadi faktor, jadi para pakar menjalankan penilaian psikiatri.

Pada peringkat ini, remaja itu mendedahkan bahawa dia sengaja menyuntik dirinya dengan merkuri yang dia ambil dari termometer sekurang-kurangnya tiga kali.

Laporan itu seterusnya mengatakan budak lelaki itu mengambil ‘ilham’ dari watak Marvel Wolverine atau X-Men.

Laporan itu menambah, “Menariknya, dia mempunyai sejarah lampau tentang beberapa gigitan labah-labah untuk mensimulasikan Spider-Man. Anehnya, dia tidak mempunyai masalah psikiatri lain dan mempunyai IQ yang normal.”

Walaupun dikejarkan ke hsopital, nasib remaja itu baik kerana dia tidak menyuntik secara langsung ke saluran darah utama.

Sumber