Seorang lelaki dipuji netizen selepas beliau bertindak merakam dan menegur pasangan memandu kereta bernombor pendaftaran Singapura mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak.

Menerusi perkongsian video melalui X.com @update11111, lelaki tersebut pada awal menegur lelaki itu dari dalam kereta sahaja.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun dia tidak memahami Bahasa Malaysia dan berpura-pura tidak mengendahkan teguran lelaki tersebut.

Kemudian datang seorang wanita berjumpa dengan lelaki itu dan berulang-ulang kali mengatakan dirinya adalah orang Malaysia.

Bagaimanapun lelaki itu menegaskan kenderaan bernombor pendaftaran Singapura tidak dibenarkan mengisi RON95 kerana menyalahi undang-undang.

Oleh kerana pasangan itu berkeras, lelaki tersebut keluar dari kereta dan menegur pekerja stesen minyak yang membenarkan lelaki wanita itu mengisi RON95.

“Ini plat Singapura, kenapa abang bagi mereka isi minyak kuning?” tegur lelaki yang merakam situasi tersebut.

Ramai warganet merasakan mereka tipu kewarganegaraan kerana dari riak mimik muka jelas terpampang mereka kurang faham Bahasa Malaysia.

Pada masa sama orang ramai meminta pihak berkuasa segera menyelesaikan isu ketirisan tersebut daripada terus berleluasa.

Warganet turut mahu stesen minyak yang tidak mengambil peduli ketirisan yang berlaku dikenakan hukuman berat sebagai ketegasan dalam pelaksanaan undang-undang.

Bagi pihak didapati bersalah, mereka boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).

Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta bagi orang perseorangan atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat sekiranya sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2 juta manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga akan mengambil tindakan tegas dengan menggantung sementara lesen pengusaha stesen minyak yang terlibat sehingga siasatan selesai dijalankan.