Pada Khamis lalu, konsert Billie Eilish telah berlangsung meriah di Stadium Nasional Bukit Jalil dan pastinya meninggalkan memori manis buat para penonton yang datang.
Terbaharu, tular di media sosial tangkap layar di sebuah platform menjual barangan terpakai yang ‘claim’ memiliki botol air dan juga handsocks milik Billie Eilish. Menerusi description, barangan tersebut didapati ketika konsert dimana mereka mendapatkannya dengan bantuan krew konsert.

Itu tak cukup mahal. Ni lagi mahal. RM4ribu utk Hand Socks Billie Eilish. #BillieEilishTourMalaysia #HappierThanEverMy https://t.co/ensWLL3yuW pic.twitter.com/hV6h7anE13
— Dean or Deen (@DeanOrDeen) August 19, 2022
https://twitter.com/Junjulaiaugust/status/1560484806647218176
Apa yang mengejutkan adalah harga barangan yang dikatakan milik Billie Eilish tersebut dijual dengan harga yang agak mahal iaitu RM1,200 untuk botol air dan RM4,800 untuk handsock.
Hal ini telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak percaya bahawa barangan tersebut adalah milik Billie Eilish ketika konsert serta agak terkejut dengan kreativiti penjual yang menggunakan nama penyanyi tersebut demi mendapatkan untung.
Ntah peluh sesape ntah dia bg nanti 😂
Bau kepam 😂
Handsock tu murah je, dlm RM5 plg mahal(?) Jual RM5k sepasang 📈📈 https://t.co/K5RLhbfFte— Aisyah🌼🇵🇸 (@aii_chanx) August 19, 2022
no thanks man i'd rather go on a holiday trip with that money 😂 https://t.co/kI1EmvXDXJ
— Xaryn 🍒 (@zareendaniah) August 19, 2022
i know the people willing to pay for this smell crazzzzzzyyyyyyyyyyy https://t.co/pGTdADo9pg
— aiman (IS READY FOR THE ERAS TOUR ‼️) (@mashedkatt) August 19, 2022
pulangkan lah balik naya nanti billie kena maroh hilangkan bottle tupperware mak dia. https://t.co/uvy1pgPfWU
— Muhahuhaha! (@muharos857) August 19, 2022
Bukan itu sahaja, para netizen turut berasa pelik kerana tidak mungkin begitu mudah untuk mendapatkan barang-barang tersebut walaupun menggunakan ‘bantuan’ daripada krew. Malah, rata-rata netizen juga mengatakan ia sesuatu yang merepek dan harganya dilihat terlalu melampau.
Sementara itu, ramai orang tidak berpuas hati dengan penganjur konsert Billie Eilish. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.
Pentas Kecil Dan Terlalu Jauh, Penonton Luah Rasa Kecewa Dengan Penganjur Konsert Billie Eilish
Gigih Beratur Seawal 4 Pagi Dan Berpanas, Peminat Billie Eilish Kongsi Keterujaan Hadiri Konsert