Sebut sahaja Sabah, pasti anda sudah terbayang kesedapan makanan laut dan keindahan alam semulajadi di sana. Malah, jika pelancong luar negara ingin melancong ke Malaysia, mereka akan memilih Sabah antara destinasi yang wajib mereka kunjungi.
Terbaharu, Setiausaha Luar Filipina telah membuat kenyataan bahawa Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia jika anda ingin berurusan dengan Filipina.
Sabah is not in Malaysia if you want to have anything to do with the Philippines. https://t.co/dWZs1gsndE
— Teddy Locsin Jr. (@teddyboylocsin) July 27, 2020
Kenyataan itu adalah respons kepada perkongsian Twitter Kedutaan Amerika Syarikat di Filipina berkenaan sumbangan 500 kit kebersihan diri kepada rakyat Filipina yang dihantar pulang oleh Sabah dan tiba di Zamboanga City dan Bongao di Tawi Tawi.
Oleh itu, Datuk Seri Hishammuddin membidas kenyataan Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr dan mengatakan kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab serta boleh menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
Malah, beliau juga telah mengarahkan Wisma Putra untuk memanggil Duta Filipina ke Malaysia, Charles C. Jose pada Isnin ini untuk menjelaskan isu tersebut.
This is an irresponsible statement that affects bilateral ties. @MalaysiaMFA will summon the Philippines Ambassador on Monday to explain. Sabah is, and will always be, part of Malaysia. https://t.co/KcUnDxOySl
— Hishammuddin Hussein 🇲🇾 (@HishammuddinH2O) July 29, 2020
Berikutan itu, perkongsian tersebut mendapat perhatian rata-rata netizen Malaysia dan Filipina. Menurut tinjauan kami, ada yang bersetuju dengan tindakan Datuk Seri Hishammuddin memanggil duta Filipina untuk isu ini dan ada juga yang mempertahankan kenyataan setiausaha luar Filipina.
In your dreams mtf. You think us sabahan people want to be part of Philippines? Hahahahahahaha keeps dreaming bruh
— Nash (@nasiruddinsafei) July 29, 2020
https://twitter.com/jdsulit/status/1288508258278416386
A lot of Filipinos have been miseducated regarding this issue. They think Sabah is just a piece of land and forget that the people of Sabah had been given a choice, and they chose and continue to choose, to be part of Malaysia. Outmost respect for your people and wishing peace 🙏
— sjlm (@sjlm1204) July 29, 2020
Sabah hak milik rakyat Sabah, siapa dia untuk menentukan bumi bertuah ini milik siapa? Lihat apa yg sedang terjadi di Mindanao, nasib penduduk disana tidak terbela, penggunaan senjata api secara bebas. Angka kemiskinan yg tinggi, itu yang harus mereka beri perhatian. Bukan Sabah.
— Jud (@judeeeers) July 29, 2020
Sabah used to be under Sulu Sultanage.
Your country doesnt recognize Sulu Sultanage.
The treaty made in 1878 was with Sulu Sultanage for cession money to be paid to the heirs. NOT to PH gov.
UN recognized Sabah under Malaysia.
ICJ doesnt recognize your claim for Sabah.
— syarif (@syxxrif) July 29, 2020
Apakah pendapat anda apabila ada negara luar cuba untuk ‘claim’ sebuah negeri dalam negara kita sebagai hak mereka?
Tahukah anda bahawa bekas ratu cantik Sabah bertanding dalam PRU14? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Kerana The Flash, Jenama Jam Tangan Dari Sabah Ini Mendapat Perhatian Dunia