Anda bekerja sendiri dan sedang mencari tempat kerja yang fun dan sesuai untuk segala urusan anda? CO3 Social Office mungkin tempat kerja yang anda cari.
Bertempat di Bandar Puchong Jaya, CO3 adalah co-working space yang mempunyai pelbagai kemudahan serta sangat luas. Dengan keluasan 23 ribu kaki persegi, ada banyak rekaan ruang untuk anda bekerja. Kalau anda nak bekerja di meja, ada meja. Kalau nak bekerja di bean bag, ada bean bag. Mahu ruang untuk meeting? Juga ada meja besar dan bilik khas.
Jika anda perlu tempat khas untuk buat persidangan pun ada.Terdapat juga pantry untuk makan dan bilik gaming untuk hilangkan stress. Paling unik antara semua, C03 ada gelongsor! Kalau anda jenis mendapat keseronokkan dengan main gelongsor, boleh main sampai lebam gelongor ini.
Anda boleh akses pejabat ini bila-bila masa sahaja anda mahu dengan kemudahan seperti internet kelajuan tinggi,printer, sleeping pods dan banyak lagi. Anda hanya perlu membayar sewa RM60 sehari atau RM1,000 – RM1,200 sebulan . Kalau anda berminat untuk cuba office ini, boleh terus ke laman rasmi CO3 di sini. Memang steady habis office CO3 ini.