Mula dibangunkan sebagai sebuah kedai kecil pada tahun 1971, tiada siapa yang menyangka Costa mampu menjadi jenama besar serta pencabar terdekat Starbucks.
Jenama ini nampaknya mula berkembang secara positif dan konsisten selepas 24 tahun beroperasi apabila syarikat Whitbred berjaya dapatkan 41 rangkaian Costa pada tahun 1995 dengan harga $24 juta (RM99 juta).
23 tahun berlalu, nampaknya sebuah lagi ambil alih bakal dilalui Costa apabila Coca-Cola berjaya membeli Costa dengan harga $5.1 bilion (RM21 bilion). Jumlah yang besar ini merangkumi 4,000 cawangan Costa beserta kekuatan jenamanya.
Berdasarkan pelan awal Coca-Cola, difahamkan $1.3 bilion bakal dilaburkan dalam mengembangkan lagi cawangan Costa kepada 29,000 cawangan seluruh dunia. Mempunyai pengalaman yang tinggi di dalam bidang logistik, Coca-Cola juga bakal turut membantu Costa dalam menawarkan lebih banyak produk dalam meningkatkan keuntungan.
Melihat kepada pelaburan besar yang dibuat Coca-Cola, jelas syarikat ini nampaknya mahu mencabar Starbucks dalam industri kopi.