Colorism atau shadeism merupakan salah satu bentuk buli melibatkan mental.
Ianya merujuk kepada diskriminasi yang dibuat kerana warna kulit. Ia dianggap diskriminasi yang seringkali terlepas pandang oleh masyarakat berbanding diskriminasi yang lain.
Pernahkah anda mempersendakan warna kulit kawan anda? Jika ya, anda sebenarnya sedang melakukan penderaan mental atau buli mental berbentuk colorims.
Shadeism atau colorism itu tidak sama dengan racism. Kerana rasisme merujuk kepada diskriminasi berdsarkan bangsa.
Namun harus diakui bahawa berkait rapat antara satu sama lain. Memandangkan setiap bangsa itu memiliki warna kulit dominan mereka tersendiri.
Mentaliti putih itu cantik
Salah satu sebab yang membawa kepada shadeism ini adalah budaya atau mentaliti yang menyatakan bahawa cerah atau putih itu baru cantik.
Banyak produk pemutih kulit dijual di pasaran dengan menganggap seseorang berkulit gelap itu tidak cantik.
Negara seperti Korea Selatan antara yang melihat warna kulit yang lebih gelap itu sebagai sesuatu yang hodoh berbanding dengan yang lebih cerah.
Ledakan industri Kpop juga antara punca kepada peningkatan budaya colorisme. Menyebabkan ramai yang membuat pembedahan plastik untuk menjadi cantik dan putih.
Oleh sebab itu wanita adalah gender yang lebih teruk terkena dengan diskriminasi warna kulit ini.
Satu kajian dibuat oleh Catalyst, mennyatakan di negara seperti Amerika Syarikat, UK, Kanada, Australia, dan Afrika Selatan melaporkan bahawa 51% wanita yang tidak berkulit putih akan mengalami penderaan rasisme.
Namun jika wanita itu berkulit lebih gelap angka itu meningkat kepada 69%. Bukti bahawa warna kulit menjadi perkara yang lebih teruk terkena penderaan diskriminasi.
The Guardian melaporkan bahawa, di kalangan bangsa atau etnik yang berkulit hitam, mereka juga ada terlibat dalam penderaan colorism ini ke atas rakan mereka yang berkulit lebih gelap daripada mereka.

Kesan colorism atau shadeism
Menurut satu laporan dikeluarkan oleh King’s College London, colorism boleh menyebabkan seseorang itu dilayan dengan pilih kasih di pusat pengajian termasuk sekolah dan di tempat kerja.
Malah ada kes di mana, wanita yang berkulit lebih cerah memiliki peluang lebih tinggi diterima untuk bekerja.
Mereka yang terkena pembulian secara shadeism atau colorism ini juga kerap berdepan dengan tekanan mental, kemurungan atau hilang keyakinan diri.
Ini kerana mereka menjadi ‘anxiety’ untuk berdepan dengan rakan rakan yang seringkali menjadikan warna kulit mereka sebagai bahan jenaka atau ejekan.
Di Amerika Syarikat, diskriminasi colorism ini malah memberikan impak kepada layanan berbeza yang diterima oleh seseorang itu di mahkamah.
Jadi hentikan sebarang bentuk pembulian secara mental melibatkan warna kulit atau shadeism.