Sering kali terpengaruh dengan dunia hiburan dan media sosial, dapat dilihat kini setiap individu khususnya para wanita berlumba-lumba untuk mendapatkan warna kulit yang putih.

Dianggap lebih cantik dan berketerampilan, terdapat pihak yang sanggup menggadaikan soal kesihatan dengan memilih cara yang merbahaya semata-mata untuk mendapatkan warna kulit yang cerah.

Baca Juga:

Menerusi perkongsian TikTok @whiteningdripmalaysia93, difahamkan mereka telah menawarkan whitening drip di mana para pelanggan boleh mendapatkannya tanpa perlu ke pusat mereka sebaliknya boleh dilakukan terus menerusi dalam kereta sahaja.

https://www.tiktok.com/@whiteningdripmalaysia93/video/7204017939379703067

Ditawarkan dengan harga yang rendah, penawar servis ini menjanjikan para pelanggan mampu putih sebelum Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Penawaran servis yang dilihat tidak mengikut prosedur kesihatan serta mampu mengundang bahaya kepada para pengguna ini turut mendapat perhatian para netizen yang nyata risau dengan servis yang ditawarkan.

Sementara itu, terdapat netizen yang memaklumkan penggunaan bahan yang tidak dikenal pasti ini mampu mengundang kepada kegagalan buah pinggang meskipun mampu mencerahkan kulit.

Sehubungan dengan itu orang ramai dinasihatkan untuk tidak mendapatkan servis serta whitening drip ini bagi mengelakkan sebarang masalah kesihatan dan sebaliknya memilih cara yang lebih sihat dalam menjaga kulit.