Tidak dapat dinafikan bahawa wabak coronavirus mencetuskan panik dalam kalangan sebahagian penduduk dunia. Sebelum ini juga tular rakyat Singapura yang ketakutan sudah mula lakukan ‘panic buying’.
Bukan hanya di Singapura, tetapi di Hong Kong juga penduduknya tergesa-gesa membeli barang-barang keperluan seperti tisu tandas, beras dan produk pencuci. Difahamkan, pembelian panik ini terjadi apabila penduduk menerima laporan bahawa bekalan produk itu akan berkurangan kerana penularan wabak coronavirus.
Berikutan itu, tiga perompak bersenjata telah merompak ratusan tisu tandas selepas bekalan produk itu berkurangan. Menurut pihak berkuasa, kejadian tersebut berlaku pada awal pagi dimana para perompak menahan sebuah lori di luar pasar raya dengan bersenjatakan pisau sebelum melarikan ratusan tisu tandas bernilai 1,000 dolar Hong Kong (~RM532).
Walau bagaimanapun, bekalan untuk produk tersebut sebenarnya mencukupi untuk keperluan rakyat di Hong Kong menurut pihak kerajaan China. Malah, kerajaan China turut menasihati agar tidak membeli dan menyimpan tisu tandas yang banyak kerana akan terdedah kepada ketumbuhan kulat.
Diharap kita tidak terjebak untuk melakukan panic buying seperti rakyat di Hong Kong dan Singapura. Rakyat Malaysia haruslah kekal bertenang dan mengikut segala saranan yang diberikan pihak kerajaan.
Sementara itu, anda boleh baca artikel berkaitan coronavirus di The Vocket pada pautan di bawah ini.
Senator Amerika Syarikat Dakwa Wabak Coronavirus Berasal Dari Makmal Di China
Hotel Di Langkawi Tawar Diskaun Sehingga 70% Selepas Kurang Pelancong Kerana Coronavirus