Siapa sangka video cover suka-suka ayah dan anak untuk lagu Rage Against The Machine – Killing In the Name ini boleh viral sehingga ke seluruh dunia. Lebih menarik, video ini turut mendapat perhatian gitaris kumpulan RATM, Tom Morello!

Mungkin kecomelan adik Uqasha Audrey yang berusia 3 tahun ini yang membuatkan video ini lebih unik. Jika kanak-kanak seusia Audrey selesa menghafal lagu kanak-kanak, tidak bagi adik Audrey yang dapat menyanyikan lagu Killing In the Name dengan baik. Bapa Audrey yang selesa dipanggil Ujang nyata terkejut dengan sambutan video berkenaan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

“Saya sudah biasa muat naik video bermain gitar dan bass di YouTube dan Facebook saya. Percubaan pertama saya bersama anak ini tiba-tiba meletup pula. Baru dua hari, video saya sudah mendapat perkongsian 55,000 di Facebook sahaja.

“Kenapa lagu RATM? Sebab lagu ini biasa dia dengar bila naik kereta dengan saya. Disebabkan itu dia dapatlah hafal serba sedikit liriknya. Lagu kanak-kanak lain seperti Spongebob, Thomas & Friends pun dia minat juga. Tapi lagu-lagu rock ini pun dia suka juga,” kata Ujang.

Ujang juga mempunyai background pemuzik apabila sudah bermula bermain muzik sejak tahun 1992 dan mempunyai band sendiri, Souljar. Setakat ini, media muzik antarabangsa di Brazil dan Amerika Syarikat telah berkongsi kisah Adik Audrey.

Jadi tidak pelik jika adik Audrey turut mempunyai darah seni seperti bapanya. Yang pasti sekiranya Tom Morello sendiri memuji versi cover ini, ia ibarat satu kejayaan buat mana-mana pemuzik. Semoga adik Audrey akan hadir dengan versi lagu rock yang baharu tidak lama lagi. Keep it up!

Raihan dan Alif Satar kembali Ramadan ini dengan versi serba baharu Damba CintaMu. Dengarkannya pada pautan di bawah.

Dengarkan Single Baharu Alif Satar Dan Raihan ‘Damba CintaMu’

Dengarkan ‘Sesungguhnya2019’ Alif Satar Dan Raihan Versi Live Di JAMMING HOT

‘Iron Man’ Buat Kemunculan Di Sabah, Bantu Penduduk Terjejas PKP