Kecoh sejak awal pagi ini apabila dimaklumkan LRT Laluan Kelana Jaya ditutup selama seminggu berkuat kuasa 6 pagi ini. Pengumuman yang dilalakukan jelas memberi kesan dan menimbulkan rasa marah di kalangan penumpang yang mengharapkan kepada medium pengangkutan tersebut untuk ke tempat kerja.
Situasi yang berlaku telah menyaksikan para penumpang terpaksa berhimpit memasuki bas semata-mata untuk dapat ke tempat kerja. Tidak kurang juga yang terpaksa berbelanja lebih dalam mendapatkan perkhidmatan e-hailing.
Current situation at LRT Damai.
Thanks @MyRapidKL pic.twitter.com/6aD0QkJUUY
— faizal tiada (@faizalghazaly) November 9, 2022
Crowded LRT Kelana jaya pic.twitter.com/SBVfbjtEZl
— Zul_2Talk (@Zul_2Talk) November 9, 2022
Sementara itu, sejumlah besar penumpang dilihat terkandas di beberapa stesen Ampang Park berikutan kegagalan LRT laluan Kelana jaya yang mengalami masalah. Cuaca hujan yang berlaku pada pagi tadi seolah mengeruhkan lagi keadaan.
Bersidai orang kat Ampang Park LRT sebab KJ Line problem. Shutter semua da tutup. Sian. pic.twitter.com/otCVxMa3gR
— ǟɖʐʀǟʐɛռɛƈǟ (@adzra) November 8, 2022
Sementara itu, sidang media Prasarana Malaysia Berhad yang baru sahaja berlangsung tadi memaklumkan pihak mereka sedang menyiasat punca utama kepada masalah melibatkan LRT Laluan Kelana Jaya. Pihak mereka juga turut memohon maaf atas gangguan perkhidmatan yang berlaku.
Selain itu, pihak Prasarana memaklumkan menyediakan 69 bas dalam membantu para penumpang menghala ke destinasi yang mahu dituju sementara menantikan LRT dapat beroperasi semula.
Diharapkan semoga situasi melibatkan LRT ini dapat segera beroperasi semula dalam memastikan sejumlah besar penumpang dapat menggunakan medium pengangkutan ini untuk pergi dan pulang ke tempat pekerjaan dengan mudah.