Belum habis lagi isu LRT kerap mengalami masalah perkhidmatan tergendala pada pertengahan bulan lalu, nampaknya pengguna pengangkutan awam itu sekali lagi menghadapi isu, kali ini melibatkan masalah crowd control atau ‘kawalan orang ramai’ yang tidak sistematik.
Menurut salah seorang pengguna tetap perkhidmatan pengangkutan awam itu, @nrjwznl menyatakan perkara ini sudah menjadi ‘satu kebiasaan’ di mana pengguna MRT perlu menunggu masa yang lama untuk menukar naik tren LRT.
Bagaimanapun, @nrjwznl menegaskan hari ini paling teruk sekali apabila pengguna terpaksa beratur panjang sebelum platform LRT Pasar Seni sehinggalah eskalator yang menghubungkan perkhidmatan bawah tanah MRT.
Harini ada lagi best. They stopped us sebelum eskalator nak naik ke Pasar Seni KJ line. Nak control crowd dekat platform. Laluan sebelah tak stop pun. Best kan? Everyday macam ni weh! Ada solution lain tak? Kalau frequensi bertambah takde kot kes camni pic.twitter.com/YeC8o6y7dO
— njwznl (@nrjwznl) June 15, 2022
Seorang lagi pengguna perkhidmatan pengangkutan awam telah memuat naik foto betapa panjangnya barisan tersebut sehinggakan pengguna MRT yang ingin naik ke platform LRT perlu berhimpit dan bersesak di antara satu sama lain dengan pengguna yang sudah lama menunggu tren LRT.
Foto yang dimuat naik itu ternyata mengundang rasa kebimbangan dan keresahan netizen kerana para pengguna betul-betul berdiri di hadapan eskalator tinggi stesen bawah tanah MRT.
Jalan penuh, tren penuh. And we’re mostly only 50% returning to office. 😭😭 pic.twitter.com/VCPSF3NvEG
— Farizam 🍉🍉🍉🍉🍉🍉🍉 (@bukhrin) June 15, 2022
Ini kerana ia boleh mengakibat kecederaan dalam skala yang agak besar andaikata berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini semasa pengguna beratur dalam barisan panjang itu.
Pada masa sama juga, ada yang berpendapat situasi begitu juga boleh mengundang cubaan pick-pocket semasa orang ramai bersesak-sesak dan berhimpit secara rapat tanpa disedari mangsa.
Apsal makin lama makin teruk erk kualiti LRT / MRT skrang ni? Masa aku active naik public transport jarang nk ada isu. SKrang ni almost everyday plak ada isu. Takkan @AskRapidKL nak salahkan ramai dh msk office balik plak? Abis sebelum pandemik ni smua org WFH erk. WORST!!! https://t.co/2WKlNnBWJN
— SyAm Kamal (@graxier) June 15, 2022
Masa ni kritikal safety point sebab akan ada cubaan pick pocket oleh pencuri dan juga kecederaan. https://t.co/QHYZuDFEbm
— Haffis Musthafa® (@haffismusthafa) June 15, 2022
Semalam aku dh hampir jatuh dkt escalator , jadi bertahan-tahan la sesama sendiri kami di escalator,today aku dh hampir tekepit dkt pintu train tu pula ya ampun. Makin hari makin worst ye 😭 https://t.co/UWwhi6e5bK
— NYS (@yohanisyoganis) June 15, 2022
Setakat artikel ini ditulis, pihak media sosial Rapid KL ada membuat permohonan maaf atas isu kesulitan yang berlaku dan menambah baik sistem crowd control supaya ia tidak berlaku pada masa hadapan.
Bagaimanapun, permohonan maaf itu telah menyemarakkan lagi kemarahan warganet yang sudah lama terpendam kerana kecewa dengan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam berkenaan yang semakin jatuh merundum.
Pada akhir bulan Mei lalu, orang ramai terpaksa beratur panjang apabila perkhidmatan LRT tergendala ketika waktu puncak. Bacal lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Sekali Lagi Bermasalah, Perkhidmatan LRT Tergendala Undang Rasa Tidak Puas Hati Pengguna
Pengguna Bengang Terpaksa Bersesak Ekoran Kekerapan LRT Dikurangkan
‘Claim’ Tempat Duduk Dalam MRT Miliknya, Tindakan Warga Emas Maki Wanita Ini Bikin Netizen Bengang