Tun Mahathir memang terbukti disegani di seluruh dunia kerana kepimpinannya serta idea bernas yang dibawakan. Sebagai contoh di Jepun, sebelum Mechamato menembusi pasaran Jepun lagi, nama Tun M sudah pun bertapak di negara matahari terbit itu terlebih awal dahulu.
Rupanya, rakyat di sana masih mengikuti perkembangan semasa Tun Mahathir sehingga ke hari ini.
Perkara ini dikuatkan lagi dengan adanya video yang tular di platform TikTok di mana menerusi pengangkutan awam mereka menyiarkan berita terkini berkaitan Tun Mahathir.
Di dalam video berkenaan, skrin di dalam tren di Jepun memaparkan berita berkisar Tun Mahathir yang terpaksa dibawa ke IJN susulan kepenatan menyertai kayuhan di dalam program Picnic & Potluck baru-baru ini.
Program yang berlangsung di Tasik Putrajaya bersebelahan Yayasan Kepimpinan Perdana itu diadakan bersempena sambutan kelahiran ke-100 beliau pada 10 Julai lalu serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada 12 Julai.
“ Pada 10 haribulan, bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad, yang telah mencapai usia 100 tahun, telah dimasukkan ke hospital pada 13 haribulan, menurut seorang pembantu. Pembantu tersebut menyatakan beliau mengalami gejala keletihan akibat siri acara yang disertai”.
Berdasarkan kapsyen, berita tentang Tun Mahathir dikongsikan dalam Metro Osaka Subway pada 13 Julai yang lalu.
@afiaimar Berita tentang Tun Mahathir dikongsi dalam Metro Osaka Subway 13 July 2025. Google translate “On the 10th, former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad, who had reached 100, was hospitalized on the 13th, according to : an aide. He said he was suffering from fatigue-like symptoms due to a series of farming events.”
Video itu telah tular dan meraih perhatian netizen tempatan yang mana rata-ratanya meluahkan rasa kagum melihat sorotan berita bekas menteri yang disiarkan di pengangkutan awam secara meluas.
Dengan ini, boleh disimpulkan jika kalau kerajaan serta rakyat Jepun sedia ambil cakna perihal Malaysia terutamanya kepada Tun Mahathir.
Pasti ramai tertanya-tanya sebab apa Tun Mahathir sentiasa disanjungi oleh orang Jepun walaupun beliau sudah lama meninggalkan jawatan Perdana Menteri Malaysia?
Secara ringkasnya, Tun Mahathir disanjung oleh orang Jepun kerana beliau secara aktif menggalakkan pemindahan ilmu, nilai, dan budaya kerja Jepun ke Malaysia, sekali gus mengukuhkan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua negara ke tahap yang sangat tinggi.