Skandal perjudian dan rasuah sukan di China turut melibatkan liga bola sepak negara itu.

Terbaru, terdapat 9 pasukan daripada 16 pasukan Liga Super China (CSL) dikenakan pemotongan mata sebelum liga bermula sekalipun.

Ini kerana sepak mula musim 2026 adalah pada awal Mac akan tdang.

9 pasukan CSL dipotong mata

Dua pasukan dikenakan pemotongan 10 mata iaitu Tianjin Jinmen Tiger dan Shanghai Shenhua.

Qingdao Hainiu dan Henan FC pula dipotong 6 mata.

Shanghai Port, Zheijang FC, Beijing Gouan dan Wuhan Three Towns – kesemuanya dipotong 5 mata.

Ini bermakna hanya 5 pasukan daripada 16 pasukan yang beraksi di CSL musim lalu tidak terlibat dalam skandal rasuah dan perjudian.

Kerana 2 lagi pasukan iaitu, Lioning Tiron dan Chongqing Tonglianglong adalah pasukan naik promosi daripada divisyen 2 musim lalu.

CSL
Foto: Reddit

Tahun lalu, dunia bola sepak Asia digemparkan dengan keputusan disiplin oleh FA China, Kementerian Keselamatan Awam China, Biro Sukan Nasional, dan Chinese Football Association (CFA) tentang skandal besar besaran di CSL.

Selama bertahun-tahun, bola sepak China menghadapi tuduhan rasuah, pertaruhan dan perbuatan tidak wajar yang merosakkan integriti liga.

Sejak itu beberapa siri siasatan polis dan tindakan undang-undang, jawatankuasa disiplin CFA memutuskan hukuman disiplin kepada individu dan kelab yang terbabit dalam mengatu perlawanan.

Menurut Reuters, sebanyak 73 individu — termasuk pegawai, jurulatih dan tokoh penting — dihukum larangan seumur hidup daripada semua aktiviti berkenaan bola sepak, kerana terlibat dalam rasuah, pengaturan perlawanan, menerima suapan dan kesalahan lain yang merosakkan persaingan adil.

CFA juga mengenakan pemotongan mata pada 2026 CSL sebagai hukuman langsung terhadap penyertaan kelab dalam aktiviti tidak wajar. Hukuman ini diumumkan bagi 13 kelab profesional, termasuk 9 pasukan CSL dan beberapa pasukan dari China League One.

Kelab yang bersalah juga didenda dari 600 ribu yuan sehingga 1 juta yuan.

Tindakan tegas ini menggambarkan pendirian “zero-tolerance” terhadap rasuah dan judi di China. Kerajaan semakin giat membanteras kegiatan judi haram terutama sekali di arena sukan yang menuntut integriti dan semangat kesukanan.