Ekoran fenomena El Nino, dilaporkan keadaan Sungai Pahang yang kering sehingga membentuk beting pasir di Kampung Pesagi dan Kampung Sanding, Pahang.

Meskipun kewujudan beting pasir di Sungai Pahang ketika musim panas bukanlah sesuatu yang baharu buat penduduk di sekitar Maran ini.

Namun kali ini keadaan lebih teruk berbanding tahun-tahun lalu sehingga menyebabkan kawasan berpasir lebih luas serta memanjang sepanjang pesisir sungai.

Faktor hujan yang tidak turun melebihi 14 hari di daerah tersebut dan kawasan hulu juga menyumbang kepada keadaan tersebut.

Bagaimanapun, semua ini berubah dengan kekuasaan Allah S.W.T apabila dilimpahi hujan lebat sebaik penduduk setempat di Kampung Pesagi dekat Maran melakukan solat Istiqa baru-baru ini.

Kadi Daerah Maran, Amirul Farhan Wahi berkata, jemaah  menunaikan solat dalam keadaan redup berbanding ketika mula-mula bentang tikar cuaca panas terik.

“Waktu solat, dah renyai sikit, selepas itu berhenti sekejap dan mendung, bila awan mendung maknanya kami (bersolat) tak panas.

“Ketika kami mula solat cuava masih panas tetapi ketika melaksanakan solat hujan mula turun rintik-rintik.

Para jemaah mendengar khutbah yang dibacakan oleh Kadi Maran, Amirul Farhan Wahi sejurus menunaikan Solat Sunat Istisqa di Kampung Pesagi di daerah Maran pada hari ini

“Alhamdulillah masa khutbah itu hujan turun dan awan hitam semakin berkumpul,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika ditanya pengalaman ketika mengimamkan solat sunat itu tadi.

Amirul memaklumkan sejurus selesai solat, beberapa tempat di kawasan sekitar sudah mula hujan dengan lebat dalam tempoh 20 minit.

Menurutnya, hujan lebat mulai lebat di kawasan persisiran tebing sungai dan pekan Chenor dan ke bandar Maran.

Beliau yang sudah bertugas lebih daripada dua tahun mengharapkan agar umat Islam di negeri ini memanjatkan doa agar hujan turun dan fenomena El-Nino berakhir di negara ini.

@datoha57

Hujan turun dengan lebat di kampung Pesagi dan sekitar Chenor sebaik selesai Solat Sunat Istisqa #inspirasidsss #aurapositif❤️❤️ #tokhaandersokmo #fyp

♬ original sound – DSSCHA – DSSCHA

Solat sunat Istisqa dilakukan sebagai menjunjung titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar solat hajat dilaksanakan di semua masjid dan surau di Pahang bermula 23 Mac.

Susulan itu Jabatan Mufti Pahang meminta rakyat Pahang untuk melakukan solat Istisqa’ mulai jam 3.30 hingga 4.45 petang. memohon hujan ekoran cuaca panas melampau sejak beberapa minggu ini.