Sebuah McLaren 570S, Artura dan 720S dari Singapura terlibat dalam satu kemalangan berangkai kira-kira 9 pagi, semalam ketika sebuah daripada kenderaan itu ingin membelok memasuki simpang di Kilometer 63 Jalan Yong Peng, di sini.

Memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Nik Mohd Azmi Husin, ketiga-tiga pemandu dari Batu 4 menuju ke arah Taman Seri Lambak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan kereta paling belakang gagal dikawal sehingga merempuh kenderaan tengah yang sedang berhenti, kemudian kenderaan itu melanggar kereta paling hadapan yang mahu masuk ke simpang kanan.

Ketiga-tiga pemandu McLaren dari Singapura itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes terbabit disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber