Sebelum ini, seorang individu telah membuat satu akaun TikTok dan membuat dakwaan bahawa seorang pelakon yang namanya sedang meningkat naik, Aniq Suhair telah menghamilkan dirinya tetapi ‘lari’ dari tanggungjawab.

Menerusi dakwaan tersebut, Aniq juga dikatakan telah meminta gadis itu untuk menggugurkan kandungan dan isu tersebut telah menjadi bualan ramai.

Baca Juga:

Susulan itu, Aniq dalam satu kenyataan di Instagram miliknya menegaskan bahawa tuduhan tersebut sememangnya jahat dan sekaligus telah menjatuhkan nama baik dia.

https://www.instagram.com/p/CykjpZEpfgd/

Tambahnya, dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu itu bagi menjaga dan melindungi nama baiknya serta keluarga.

Akan tetapi, Aniq enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan terbabit atas nasihat peguamnya kerana tidak mahu menganggu proses undang-undang.