Sebelum ini, Syada Amzah mendakwa rumah milik keluarga mahu dijual dan mereka sekeluarga akan dihalau. Susulan hal itu, Shila Amzah dalam satu live di media sosial mengakui mahu menjual rumah terbabit kerana mahu memberikan kediaman lain kepada keluarganya itu.
Isu keluarga tersebut masih beterusan apabila adik lelakinya iaitu Amir Syafiq didakwa meletakkan kesalahan pada dirinya kerana tidak dapat menggalas tanggungjawab dengan baik sebagai kakak sulung. Shila mengatakan sudah terlalu penat untuk berhadapan dengan segala dakwaan dan tohmahan tidak benar membabitkan dirinya.
Baca Juga:
- ‘Sudah Dibuang, Rasa Macam Haiwan Jalanan’ – Syada Amzah Dedah Dihalau Rumah?
- ‘Nasi Goreng Cina Tiga Pinggan Ke?’ – Konsep Rekaan Pelamin Pertunangan Shila Amzah Dan Ubai Jadi Bualan Ramai
- ‘Saya Cuba Tapi Gagal’ – Mawar Rashid Umum Kembali ‘Free Hair’ Selepas 3 Tahun Berhijab
Terbaharu, suami kepada Shila Amzah iaitu Ubai mendedahkan bahawa isterinya itu sudah lama menanggung ‘derita’ akibat sikap ahli keluarga sendiri dimana Shila disuruh bekerja seawal usia 10 tahun dan perlu menanggung perbelanjaan keluarga.
Dalam pendedahannya di laman X semalam, Ubai turut mengatakan isterinya itu tidak pernah memegang wang tunai hak milik sendiri dan kad bank sehingga usia 28 tahun.
🥲🥲🥲 pic.twitter.com/bJFCx3h6wx
— UbaiMz (@UbaiMz) October 11, 2023
“Segala hasil titik peluh, perlu dahulukan keluarganya. Tiada alasan yang boleh diberikan, kerana keluarganya mendakwa itulah tugas seorang anak sulung dan,l jangan jadi anak derhaka,” tulis Ubai menerusi ciapan di laman sosial X.
Malah pada hantaran sama, Ubai turut memaklumkan isterinya itu pernah didera mental dan fizikal menerusi perkahwinan pertamanya.
“Dia berkahwin atas pilihan keluarga. Sepanjang tempoh tiga tahun perkahwinan dia mengalami trauma kerana terpaksa menanggung bekas suami.
“Dia memulakan hidup baru selepas bercerai, namun terpaksa menanggung hutang keluarga ratusan ribu.
“Biarpun hutang berjaya dibayar tetapi dia masih menanggung keluarga sehingga ke hari ini secara bersendirian.
Dalam pada itu, Ubai berkata, Shila cuba bangkit pada perkahwinan kedua, namun pelbagai dugaan terpaksa ditempuh.
Walaupun dia menganggap kehidupannya lebih mencabar selepas kehilangan ibu tercinta, tetapi ternyata isterinya lebih mengalami keperitan.
“Saya sangka kehidupan saya sudah cukup mencabar dan penuh dugaan. Ternyata ada yang lebih besar untuk orang lain. Inilah dia kisah seorang wanita hebat yang saya kenali,” katanya.