Pada bulan Jun lalu beberapa individu ternama dari Malaysia telah terbang ke Filipina untuk menyaksikan tayangan perdana filem  Extraction 2. Antaranya penyunting video berbakat besar, Sofyank.

Ambil masa tiga minggu untuk membuat suntingan, Sofyank berkongsi hasil lakonan beliau bersama watak utama filem aksi itu Chris Hemsworth dan pengarahnya, Sam Hargrave.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut Sofyank, beliau cuma ada empat minit sahaja untuk berlakon bersama dengan dua tunggak utama filem Extraction itu.

Dalam video itu juga ada menunjukkan behind the scenes bagaimana mereka berlakon bersama dalam tempoh yang singkat.

Bukan berlakon di studio, sebaliknya mereka melakukan penggambaran di satu sudut dipercayai dikhaskan untuk temu bual. Mereka cuma duduk di atas kerusi tinggi, berlatarbelakangkan skrin hijau kecil.

Orang ramai memuji hasil kerja keras Sofyank walaupun keterbatasan dan kekangan masa, beliau berjaya all-out untuk memberikan yang terbaik.

Sumber Gambar: TikTok @sofyank96
Sumber Gambar: TikTok @sofyank96

Menurut Sofyank, kali ini beliau menggunakan perisian Blender untuk menyunting video tersebut. Perisian itu sering diguna pakai untuk mencipta filem animasi, kesan visual, seni, model cetakan 3D, grafik gerakan, aplikasi 3D interaktif, realiti maya dan permainan video.

Untuk makluman, sebelum ini Sofyank pernah berkolaborasi dengan beberapa nama besar Hollywood lain seperti John Cena, Ryan Reynolds, Will Smith, Paul Ruud dan Jonathan Majors.