Bermula sebagai ura-ura dan perbincangan awal, nampaknya impian Presiden Indonesia, Jokowi Widodo untuk memidahkan ibu negara dari Jakarta ke sebuah tempat yang baru berjaya menjadi kenyataan melalui pelan pembangunan yang dijalankan.
Ibu negara baharu Indonesia yang dijangka siap dibangunkan pada 2024 ini bakal memperlihatkan bandar yang lebih terancang serta menjanjikan alam sekitar yang lebih bersih.
Difahamkan antara faktor yang membuatkan Jokowi Widodo memilih untuk memindahkan ibu negara ini berikutan faktor kepadatan penduduk serta potensi Jakarta Utara untuk tenggelam menjelang 2050.
Di sebalik pelbagai pelan yang diumumkan, idea terbaru Presiden Indonesia ini berjaya menarik perhatian ramai dimana beliau mahukan bandar yang bakal dibangunkan ini cuma membenarkan kereta elektrik serta kenderaan awam elektrik dan pandu sendiri.
Idea yang diutarakan sekaligus bakal menjadikan bandar terbaru Indonesia ini sebagai bandar pertama di dunia yang merealisasikannya.
Pelan pembangunan Indonesia setakat ini dilihat positif selepas Jokowi Widodo baru-baru ini berjaya membawa pulang ratusan bilion Ringgit melalui pertemuan bersama Sheikh Mohamed bin Zayed serta Masayoshi Son selaku CEO Softbank.
Setakat ini warga Indonesia serta seluruh dunia sedang menantikan apakah pelan yang menelan belanja sebanyak $32.7 bilion (RM132.60 bilion) ini bakal berjaya melihatkan jumlah hutan yang terpaksa dikorbankan dalam membangunkan sebuah green city.
Kementerian Kewangan baru-baru ini telah mengumumkan para menteri di Malaysia bakal menggunakan Proton Perdana selepas terdapat cadangan untuk menggunakan Toyota Vellfire dan Honda Accord.
Batal Hasrat Guna Vellfire, Kerajaan Pilih Untuk Kekalkan Penggunaan Proton Perdana
Vellfire Dan Honda Accord Dipilih Sebagai Kenderaan Rasmi Menteri Dan Pegawai Tinggi