Terkadang apa yang sudah lama dirancang tidak berjalan dengan sebaiknya. Kehadiran wabak COVID-19 secara tidak langsung mungkin merencatkan perancangan buat sesetengah individu. Begitu juga dengan pasangan ini yang terpaksa menjalankan pernikahan semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Meskipun tidak dapat menjalankan majlis perkahwinan secara besar-besaran, siapa sangka momen bergambar pasangan ini berjaya membuatkan para netizen teruja melihatkan skil jurugambar yang hanya perlukan masa yang singkat untuk menjayakannya.
Diambil oleh jurugambar @azyn_, beliau turut berkongsi pengalaman mengambil gambar pasangan ini dimana majlis perkahwinan pasangan ini berjaya diadakan dengan begitu simple dan mudah.
Lebih menarik, sesi fotografi pada kali ini berjaya dijalankan dengan lebih singkat. Malah, detik indah ini berjaya diambil berdekatan rumah pengantin sahaja. Berikut merupakan hasil daripada sesi fotografi masa singkat yang dijalankan.
Buat anda yang berminat untuk melihat lebih lagi karya daripada jurugambar ini, anda boleh ikuti Instagram beliau dengan klik di sini.
Hanya menggunakan FaceTime, pasangan ini serlah kreativiti tangkap gambar pasangan secara atas talian. Turut dikongsikan, jurugambar Malaysia yang berjaya dipilih sebagai 30 jurugambar perkahwinan terbaik untuk majalah Rangefinder.
Jurugambar Malaysia Ini Terpilih Sebagai 30 Jurugambar Perkahwinan 2019 Untuk Majalah ‘Rangefinder’