Siapa sangka sebuah pulau kecil di Caribbean, dengan hanya sekitar 155,000 penduduk, mampu mencipta sejarah dan layak ke pentas bola sepak paling berprestij di dunia – Piala Dunia FIFA.
Nama negara itu adalah Curaçao. Sebuah negara kepulauan yang penduduknya memiliki cita cita besar. Negara yang hanya 37 batu dari Venezuela.
Pada 10 tahun lalu mereka berad adi ranking ke-150 dalam ranking FIFA. Dan pada hari ini mereka di kedudukan ke-82.
Dan kisah kejayaan mereka adalah kerana keberanian dan keyakinan bahawa skala atau saiz sesebuah negara itu tidak pernah jadi ukuran untuk mencapai kejayaan.
CURACAO BECOME THE SMALLEST TEAM TO EVER QUALIFY FOR THE WORLD CUP🤯🇨🇼😭
THEY DON’T EVEN HAVE NAMES ON THE BACK OF THEIR SHIRTS😂😂😂
INCREDIBLE😍😍😍 pic.twitter.com/cpVt5JKU05
— The 44 ⚽️ (@The_Forty_Four) November 19, 2025
Curaçao bukan negara yang kaya dengan fasiliti moden atau pemain bertaraf superstar. Mereka tidak memiliki liga besar, stadium gah atau ribuan bakat muda seperti negara gergasi bola sepak.
Namun mereka memiliki sesuatu yang lebih kuat daripada itu iaitu semangat dan kepercayaan yang tidak ada pada banyak negara lain.
Mereka memiliki disiplin, semangat dan kerja keras secara berpasukan. Dan sepanjang pusingan kelayakan, mereka berjaya menewaskan pasukan-pasukan yang jauh lebih besar dan terkenal.
Meskipun hanya negara kepulauan kecil, Curacao memiliki pemain pemain yang bermain atau lahir di Eropah terutamanya Belanda.
Bintang yang membantu Curacao bersinar
Kapten mereka ialah Leandro Bacuna yang pernah bermain di EPL bersama sama dengan Aston Villa dan Cardiff City. Dia adalah pemain terpenting dalam skuad Curacao pada ketika ini walaupun sudah lanjut usia.
Seterusnya, Juninho Bacuna yang merupakan adik kepada Leandro, juga pernah bermain di liga Inggeris dan kini bermain di Liga Turkiye. Adik beradik ini lahir di Belanda, dan memilih untuk mewakili negara asal datuk nenek mereka.
Curaçao schrijft 𝗴𝗲𝘀𝗰𝗵𝗶𝗲𝗱𝗲𝗻𝗶𝘀! 🌎
De droom is werkelijkheid geworden: het land met oud-FC’ers Leandro en Juninho Bacuna heeft zich geplaatst voor het WK 2026.
Een geweldige prestatie mannen! 💚 pic.twitter.com/IC9AEHg3zI
— FC Groningen (@fcgroningen) November 19, 2025
Seorang lagi bintang yang berpengalaman luar di eropah iaitu Cuco Martina. Dia sudah berusia 36 tahun, namun bermain seperti masih budak remaja ketika menyarung jersi pasukan negaranya. Dia pernah beraksi untuk kelab seperti Everton, Southampton dan Feyenoord.
Pemain lain yang menjadi pemain penting di barisan serangan ialah Rangelo Janga dan Brandley Kuwas yang menjadi ayam tambatan mereka untuk mengancam gol lawan.
Tidak lupa juga dengan Eloy Room yang merupakan penjaga gol mereka.
Siapa pengurus mereka?
Anda sudah tentu ‘familiar’ dengan nama ini. Beliau ialah Dick Advocaat yang memiliki karisma tinggi dalam arena bola sepak antarabangsa sebagai pengurus.
Advocaat kini menjadi pengurus tertua yang akan menjadi pengurus di Piala Dunia – pada usia 78 tahun – mengatasi Otto Rehagel yang berusia 71 tahun ketika bersama Greece di Piala Dunia 2010.
Advocaat mengendalikan Curacao sejak Januari 2024 yang merupaka pasukan kebangsaan kelapan dalam kariernya.
Dia sebelum ini membimbing Belanda, Emiriah Arab Bersatu, Korea Selatan, Belgium, Rusia, Serbia dan Iraq.
🇨🇼🏆 With a population of 155,000, Curaçao will be the SMALLEST nation to ever play at the FIFA World Cup! Congratulations to Dick Advocaat and his team. 👏 pic.twitter.com/RESglVDDIX
— EuroFoot (@eurofootcom) November 19, 2025
Beliau membantu Belanda mara ke suku akhir Piala Dunia 1994 dan pasukan Korea Selatan pimpinannya tersingkir di peringkat kumpulan pada 2006.
Advocaat hanya menjadi jurulatih Curacao selepas pertikaian pembayaran antara pemain dan persatuan bola sepak negara itu diselesaikan, dan beliau terus mensasarkan untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2026.
Advocaat sangat berpengaruh kerana rekod dan reputasinya. FA Cucarao sendiri tidak berani mengganggunya ketika dia bertugas. Dia boleh melakukan apa sahaja dia mahu.
CURAÇAO BECOME THE SMALLEST COUNTRY TO EVER QUALIFY FOR THE WORLD CUP!
The nation of just 156,115 people have surpassed Iceland as the smallest ever nation to ever make it to the biggest tournament on the planet 👏🇨🇼 pic.twitter.com/qbe8TtNyif
— ESPN FC (@ESPNFC) November 19, 2025
“Semua orang tahu Dick Advocaat adalah nama besar, dia seorang jurulatih hebat dan semua orang menghormati keputusan serta cara kerjanya,” kata Bacuna.
“Kehadiran beliau sangat penting bagi kami sebagai sebuah pasukan dan juga untuk negara, dan impaknya memang besar.
“Kami mula bekerja dengannya dalam kelayakan Nations League dan kami dapat lihat perkembangan dalam pasukan dari cara kami bekerja dan cara kami berjuang dalam perlawanan.”
Itulah kisa Curacao yang menjadi kisah luar biasa mara ke Piala Dunia buat pertama kali dan akan menjadi negara terkecil pernah bermain di Piala Dunia.
CURAÇAO 🇨🇼 the SMALLEST nation in World Cup history has ENORMOUS plans for this summer.
Look at the scenes back home! 🎇⚡️pic.twitter.com/LmHJ8yX4FN
— Nico Cantor (@Nicocantor1) November 19, 2025