Nabila Huda merupakan antara selebriti yang tidak menang tangan menghulurkan sumbangan serta bantuan kepada mangsa banjir sejak beberapa hari yang lalu bersama pasukannya, Gladius Mobile Aid.
Nabila Huda sudah membantu mangsa banjir di Sri Muda dan ketika ini berada di Sungai Lui, Hulu Langat untuk menyalurkan bantuan di sana pula.
Namun berdasarkan perkongsian Nabila Huda di Twitter dan Instagram pagi tadi, beliau tersangat marah dan kecewa dengan sikap seorang kakak ini yang dilihat mengambil kesempatan terhadap bantuan yang disalurkan kepada orang ramai.
https://twitter.com/abilsuhaimi/status/1474558581462618114
https://twitter.com/abilsuhaimi/status/1474563134501240834
“Haa, ini salah seorang manusia yang ambil kesempatan. Selamba amik barang-barang dekat Masjid Sungai Lui, bawa pergi tempat lain dan kata barang itu sumbangan daripada dia,” tulis Nabila.
Nabila juga sempat merakam ‘interview’ ala Melodi terhadap wanita itu dan berkongsi video tersebut di laman Instagram. Wanita berkenaan berkata beliau mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang berkaitan NGO dan beliau di ada di sana kerana mahu sama-sama membantu menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan banjir.
https://www.instagram.com/p/CX44Qj0Khbe/
Sebelum itu, imam serta penduduk setempat turut mengadu wanita berkenaan telah mengambil barang sumbangan yang diletakkan di masjid tersebut dan menghantarnya ke tempat lain. Lebih mengejutkan, beliau berkata sumbangan tersebut adalah daripadanya dan bukan diambil dari masjid.
Mungkin wanita ini ada sebab tersendiri mengapa beliau bertindak sedemikian. Di kala semua dalam kesusahan, diharap kita tidak bertindak mementingkan diri kerana setiap sumbangan adalah sangat penting bagi penduduk setempat.
Ini pula beberapa perkongsian lain perihal isu banjir. Baca lagi pada pada pautan di bawah.
‘Ini Mencuri Namanya’- Netizen Kecewa Lihat Segelintir Individu Ambil Kesempatan Terhadap Mydin Mart
‘Tanpa Mereka Mungkin Nyawa Saya Sudah Melayang’ – Jurulatih Maraton Negara Hargai Bantuan ATM