Sebuah Tesla Cybertruck meletup di hadapan pintu masuk Hotel Trump pada pagi Rabu semalam.
Kejadian itu mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk. Menurut beliau, pihak senior Tesla telah mengenal pasti punca letupan tersebut.
Baca Juga:
- Lelaki Ini Ubah Suai Tesla Cybertruck Jadi ‘Kedai Kopi Bergerak’ Pertama Di Dunia
- Tercabar Dengan Pesaing, Tesla Sanggup Tangguhkan Pengeluaran Cybertruck Sehingga Tahun 2023
- Kehadiran Tesla Cybertruck Ke Tapak Pembinaan Raih Tumpuan Orang Ramai
Hasil siasatan mendapati trak tersebut telah diletakkan dengan bahan letupan.
“Kami kini telah mengesahkan bahawa letupan itu disebabkan oleh bunga api yang sangat besar dan/atau bom yang diletakkan di bahagian but belakang Cybertruck yang disewa dan ia tiada kaitan dengan kenderaan itu sendiri.
“Semua telemetri kenderaan berkeadaan baik semasa letupan,” petik kenyataan Elon Musk.
Jelas beliau lagi, letupan itu seperti satu tindakan keganasan.
Sementara itu, pihak berkuasa percaya letupan itu berpunca daripada bunga api, tangki gas dan bahan api disambungkan kepada sistem letupan yang dikawal oleh pemandu dalam Tesla Cybertruck, lapor CNN.
NEWS: Law enforcement officials have released images of the exploded Cybertruck and the leftover fireworks and gas tanks. The truck itself helped contain the blast and held up extremely well.
Authorities believe the items in the bed were connected to a detonation system… pic.twitter.com/Jf0zPl8KlA
— Sawyer Merritt (@SawyerMerritt) January 2, 2025
Sheriff Las Vegas, Kevin McMahill berkata laporan insiden kebakaran kenderaan di hotel itu diterima pada 8:40 pagi. Krew tiba untuk menemui sebuah Cybertruck 2024 sedang terbakar.
Kereta tersebut itu disewa daripada syarikat penyewaan kereta, Turo.
“Terdapat seorang individu yang meninggal dunia di dalam Cybertruck dan saya tidak tahu sama ada lelaki atau perempuan pada masa ini,” kata McMahill.
Tujuh mangsa lain mengalami kecederaan yang disifatkan McMahill sebagai ‘kecederaan kecil’ akibat letupan itu.