Pada minggu lalu pempengaruh masakan, Khairul Aming telah jatuh sakit sehingga dimasukkan ke hospital.

Ia terjadi dipercayai kerana terlalu penat dalam kerja-kerja membantu mangsa banjir.

Baca Juga:

Dalam satu hantaran X.com terbaharunya, beliau menyatakan telah keluar daripada hospital.

“Baru lepas keluar dari hospital. Ringkasnya, saya terkena jangkitan E. Coli semasa buat bantuan banjir minggu lepas.

“Diarrhea selama 5 hari sampai badan dehidrasi. Alhamdulilah sekarang saya sudah pulih dan kembali bekerja semula,” petik hantaran Khairul Aming.

Kemas kini itu mendapat respon daripada warganet. Rata-rata mengucapkan syukur atas kesembuhan pempegaruh itu.

Pada masa sama meminta beliau untuk menjaga juga kesihatan diri sendiri walaupun sibuk membantu pihak yang memerlukan.