Bayangkan anda tengah scroll TikTok, tiba-tiba terserempak dengan video kelakar tetapi terus buat anda mahu beli barangan yang ditunjuk.

Malah, anda juga mula mengenal jenama tempatan menjual barangan yang anda perlukan. Ini menunjukkan perubahan dalam gaya membeli-belah masyarakat di era ini.

Baru-baru ni, TikTok Shop Malaysia telah mengadakan acara tahunan utama mereka, TikTok Shop Summit dengan tujuan untuk empower usahawan kecil dan sederhana tempatan.

Dari bina jenama sendiri sehinggalah ke baucar tanpa had, TikTok Shop betul-betul serious mahu bantu usahawan tempatan dan buat pengalaman shopping kita jadi lebih fun dan mudah.

Pencipta kandungan, penjual dan jenama tempatan kongsi ‘secret recipes’ mereka peroleh kejayaan

Dalam acara gilang gemilang itu, antara yang hadir berkongsi pengalaman ialah Khairul Aming, Pinn Yang, Dear Carynn, dan Emilhan Mokhtar.

Dalam sesi perkongsian, Khairul Aming menekankan kelebihan ciri TikTok Shop Live, yang menyumbang 70% jualan untuk Sambal Nyet dan Dendeng Nyet beliau, membuktikan penstriman langsung sebagai senjata rahsia untuk melonjakkan jualan di TikTok Shop.

Menurut Pinn Yang, boleh jadikan konten luar negara sebagai inspirasi untuk dijadikan konten sendiri.

Emilhan Mokhtar pula mengatakan bahawa pada permulaan live streaming TikTok Shop mungkin susah tetapi percayalah apabila sudah ada pembeli dan kepercayaan pengguna maka barangan akan lebih mudah dijual.

Malah, terdapat beberapa sesi perkongsian pengetahuan oleh pencipta kandungan, penjual dan jenama di Summit TikTok Shop.

Memperluaskan rangkaian dan timba ilmu baru

Terdapat 4 pavilion di TikTok Shop Summit iaitu digital, showcase, creator dan livestream. Selain perkongsian daripada pencipta kandungan terkenal, komuniti usahawan tempatan yang hadir mendapat peluang emas untuk belajar daripada pakar industri dan penjual terbaik dalam sesi perkongsian strategi ‘shoppertainment’.

Sesi ini menekankan bagaimana memahami tingkah laku pengguna boleh digunakan untuk mengubah konten menjadi mesin jualan yang berkesan.

Usahawan diajar amalan terbaik dalam mencipta kandungan yang engaging, berinteraksi dengan komuniti, menggunakan penstriman langsung, serta mengoptimumkan iklan dan prestasi kedai mereka.

Lagi menarik, sokongan baharu juga akan diperkenalkan untuk membantu PMKS tempatan membina komuniti pelanggan yang aktif sambil meningkatkan pendapatan mereka.

TikTok Shop bakal ubah cara kita membeli-belah

Sekarang ini, pengguna bukan sekadar tengok produk terus beli. Mereka nak discover jenama dan produk melalui konten yang fun dan engaging.

TikTok Shop faham benda ini, sebab itu mereka umumkan pertumbuhan yang gempak, 2.2x peningkatan jualan dan 1.8x lebih ramai penjual hanya dalam separuh pertama tahun 2024!

Bayangkan, Dapur Pak Amir, penjual kurang upaya tempatan, berjaya kumpul lebih 37,500 pengikut kedai dan jual lebih 19,200 produk hanya dengan buat konten yang engaging.

Lebih hebat lagi, dia dapat perhatian dari Jepun, Dubai, dan Amerika Syarikat! Memang terbukti, dengan TikTok Shop, bukan setakat boleh jual barang, anda boleh bina jenama sendiri yang authentic.

Apabila anda mula menjual di TikTok Shop, bukan setakat dapat trafik tetapi anda juga dapat baucar tanpa had! TikTok Shop umumkan mereka akan subsidikan 5x lebih banyak baucar dan beri pendedahan trafik khusus untuk bantu penjual, terutamanya menjelang musim jualan akhir tahun seperti 10.10, 11.11 dan 12.12.

Dan yang paling power, baucar Penghantaran Percuma Tanpa Had itu boleh dicampur dengan baucar diskaun lain dalam satu pembayaran. Jadi, pembeli dapat lebih diskaun, anda pula dapat lebih jualan.

TikTok Shop juga perkenalkan Bonus Cashback, di mana pelanggan boleh kumpul cashback setiap hari dan guna untuk diskaun tambahan. Nak shopping makin seronok!

Selain itu, TikTok Shop juga umumkan kolaborasi dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mempromosikan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) melalui inisiatif #JomLokal. Matlamat? Nak beri spotlight pada 8,000 penjual tempatan dan lebih 300,000 produk buatan Malaysia.

Anda boleh support produk tempatan hanya dengan search ‘KBBM’ atau ‘Kempen Beli Barangan Malaysia’ di TikTok Shop. Lagi best, anda boleh nikmati diskaun sehingga 30% dan baucar Penghantaran Percuma. Ada juga sorotan pencipta tempatan yang anda mesti ikuti!

Level-up bisnes anda dengan TikTok Shop

TikTok Shop

Jadi, tunggu apa lagi? TikTok Shop dah sediakan platform yang padu untuk anda yang nak naikkan bisnes ke level seterusnya. Jangan lepaskan peluang untuk join tren e-commerce baru ini, seronok tengok konten, sambil shopping produk tempatan!

Untuk usahawan yang bercita-cita tinggi, PKS tempatan dan jenama tempatan boleh memulakan perjalanan e-dagang mereka dengan mendaftar di TikTok Shop Seller Center dan menerokai kursus tutorial langkah demi langkah di TikTok Shop Academy.