Kita sudah biasa mendengar servis beli sekarang bayar dulu di platform e-dagang tetapi kini wujud pula kelainan buat mereka yang mahu nikah ekspres di negara seberang.
Baru-baru ini, sebuah hantaran di TikTok telah meraih perhatian ramai apabila terdapat tawaran ‘Trip Nikah Thailand’ yang sedia menawarkan nikah dulu bayar kemudian.
Di dalam hantaran video itu, pasangan dari Malaysia yang berminat boleh mengambil pakej berkahwin di Thailand itu hanya perlu membayar caj serendah RM1,699 sahaja.
Hal yang paling menarik sudah semestinya penawaran bernikah dulu kemudian baru bayar yang dilihat lebih pantas dan mudah.

Menjengah ke ruangan komentar, rata-rata warganet merasa terhibur melihat pakej sebegini sedia ditawarkan dan ada berseloroh mahu menggunakan pakej tersebut dengan menggunakan alternatif pembayaran seperti Atome atau Spaylater.
“Siot lah kahwin dah macam beli iPhone…nikah dulu bayar kemudian”, seloroh netizen.
“Nikah pun boleh bayar paylater sekarang”, ujar seorang lagi.
“Risau laki aku dekat sini”, gurau seorang netizen lain.
Dimaklumkan pernikahan di sana diiktiraf apabila disoal netizen kerana risau pakej sebegini kebiasaannya asal boleh je selagi boleh kaut duit mangsa tanpa memikirkan akibat di kemudian hari.
Sebelum ini, pernah tular satu iklan penjualan rumah teres setingkat di Kluang yang dijual melalui Shopee dengan harga RM250,000.
Menariknya lagi apabila pemilik rumah berkenaan turut membenarkan penggunaan SPayLater yang mana pembeli boleh beli dahulu bayar kemudian dengan beberapa kaedah alternatif.