Tidak lama lagi, bulan Ramadan akan tamat menandakan umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Selepas 2 tahun tidak dapat beraya sakan bersama keluarga, tahun ini pasti ramai teruja untuk menyambutnya.
Disebalik keterujaan, ramai yang mengeluh apabila mahu membuat persiapan raya tetapi terpaksa berdepan dengan kesesakan luar biasa di pusat membeli belah dan juga atas jalan raya di sekitar pusat bandar pada hujung minggu lalu.
Jem melekat katanya dekat sekitar Danau Kota menuju ke Bazaria Wangsa Maju (Uptown Danau Kota) tuh. Memang telah dijangka pun situasi ni, normal orang nak shopping raya.
Bagi yang baru nak menuju ke sana, sila rancang perjalanan anda sebaiknya.
π₯ mori_teal pic.twitter.com/CkxOjN8NAd
— Asal Gombak (@AsalGombak) April 23, 2022
@abohmung24 Siapa macam niɹ۩#abohmung #suamiidaman #raya2022
https://www.tiktok.com/@puteribuluhbetung/video/7089774404246277402?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7049159328120784386
Menjengah ke media sosial, ramai juga berkongsi video yang memaparkan kesesakan luar biasa di pusat bandar seperti di Kuala Lumpur dan Shah Alam. Malah, ada juga netizen yang mendakwa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas lebih dari 2 jam untuk sampai ke sesuatu destinasi.
Hal tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mengatakan ini baru persiapan Aidilfitri, belum lagi anak perantau pulang ke kampung halaman.
Aku tak tau la maybe orang dah tak mau serbu jalan tar, tapi smalam aku plan nak g uptown danau kota ikut jalan Taman Melati, pehhhh kat simpan Taman Melati tu je dah jam teruks, padahal time tu dah pukul 11 aku ingat org dah balik tido, terus U-turn balik rumah https://t.co/cprDbWvkl5
— SelenπΊ stand with π΅πΈ (@onlyfans_selena) April 24, 2022
Kah kah kah! Memang dah boleh agak, sebab siang semalam pun jem dia takboleh bawak bincang area wangsa maju tu https://t.co/9SgNeNjROo
— π‘πππππππ (@Loveleazie) April 23, 2022
Lantaran itu, rata-rata netizen menasihati mereka yang mahu ke pusat bandar untuk membuat persiapan raya untuk menggunakan pengangkutan awam, sekaligus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas. Pastikan anda rancang perjalanan anda untuk membeli barangan persiapan raya dan juga balik kampung agar tidak terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.
‘Tiada Common Senses’ – Netizen Kecewa Pengunjung Sepahkan Barangan Sewaktu Membeli Belah
‘Semoga Cepat Sembuh’ – Keadaan Zamani Yang Makin Bongkok Raih Simpati Netizen