14 Jun lalu menjadi saksi apabila pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Penceraian yang dibuat itu turut menyaksikan pasangan ini keluar dari mahkamah dalam keadaan yang seolah gembira dan tersenyum seolah sudah mencapai kata sepakat. Sementara itu, kedua-dua bersetuju untuk terus memfokuskan kepada anak-anak.

Baca Juga:

Walau bagaimanapun, isu melibatkan Puteri Sarah, Syamsul Yusof dan juga isteri terbaru Syamsul Yusof, Ira Kazar kembali panas selepas tular rakaman Puteri Sarah sewaktu live di TikTok.

@janda___muuu

Dah bgi Pun MenyaLak Lgi Maknanya x TenangLah#puterisarahliyana#syamsulkahwinirakazar#artismalaysia#viral#tiktok#fyp#fypシ

♬ bunyi asal – SingLeMama…🥀 – 🌼_____🌼

Menerusi live yang berlangsung, Puteri Sarah dilihat seakan-akan mengeluarkan kata-kata berbaur sindiran di mana para netizen seolah faham sindiran tersebut ditujukan kepada siapa.

“Kita dah bagi apa dia nak, kita dah sedekah kat korang, so apa lagi korang nak? So kalau dah bagi pun, masih menyalak lagi so maknanya tak tenanglah?” sindir Puteri Sarah Liyana.

Puteri Sarah turut memaklumkan dirinya sudah move on daripada kisah penceraian melibatkan Syamsul Yusof serta kisa-kisah yang lepas. Beliau juga sedang fokus untuk shooting di Indonesia pada ketika ini.

Sementara itu, Puteri Sarah memaklumkan tidak lagi mahu melayan provokasi pihak yang dipercayai daripada keluarga Ira Kazar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata seolah puas hati dengan kata-kata sindiran yang dilontarkan Puteri Sarah kepada individu tersebut.

Untuk pengetahuan, Puteri Sarah dan Ira Kazar baru sahaja mencapai kata sepakat pada 5 Julai lalu untuk menyelesaikan kes saman di luar mahkamah sekaligus membuatkan kes ini tidak lagi berlarutan.