Sebut sahaja entiti, pasti ada daripada anda mempunyai kisah seram berdepan dengan makhluk halus. Bayangkan, entiti tersebut menyerupai ahli keluarga anda, apa yang akan anda lakukan?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @tiyakamal2 telah memuat naik sebuah video dimana diriya menceritakan detik seram berdepan dengan entiti yang menyerupai ibunya. Pada awalnya, ibunya meminta dia untuk masak nasi menerusi panggilan telefon tetapi dalam beberapa minit kemudian dia terlihat ibunya berada di ruang tamu.

@tiyakamal2

Menyerupai is a big no for me #foryoupage #fyp #tiktok

♬ original sound – LuckyBoy – Luckyboyyy

Walaupun berasa pelik tetapi dia terus ke dapur untuk memasak nasi. Kemudian, ibunya itu datang ke dapur dan berdiri di sebelahnya dan memandangnya.

Tidak lama kemudian, dia menerima panggilan dan apa yang mengejutkan adalah ibunya menelefon memintanya turun ke bawah rumah untuk mengangkat barang kerana sudah hampir tiba di rumah. Dia yang terkejut terus keluar dan menunggu ibunya pulang.

Ketika menunggu di luar rumah, dia yang mengintai ke dalam rumah terkejut apabila makhluk halus yang menyerupai ibunya bercakap ‘sudah tahu ke?’ kepada dirinya. Video tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa takut selepas mendengar cerita tersebut. Malah, para netizen mengatakan jika mereka berdepan dengan situasi tersebut pasti sudah melarikan diri.

Tidak hanya itu, rata-rata netizen turut tergamam apabila entiti tersebut bertanya kepada gadis tersebut sama ada dirinya sudah tahu. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih lebih sejuta tontonan dan terima lebih 200 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa kisah berkaitan entiti misteri pada pautan di bawah ini.

Mungkinkah ‘Kotak Berhantu’ Ini Jadi Penyebab PrinceMeed Diganggu Entiti Misteri?

Entiti Misteri Dirakam Bertenggek Atas Lori Sampah Jadi Bualan Netizen