Terputus bekalan wang susulan pembatalan penerbangan pulang, seorang jemaah Malaysia yang terkandas di Jeddah kini merayu bantuan penginapan segera bagi kelangsungan hidup.

Setelah tempoh tajaan syarikat berakhir, dakwanya 28 jemaah Malaysia di Jeddah kini terkapar tanpa dana untuk menampung kos sara hidup sendiri akibat terkandas.

Difahamkan wanita berkenaan telah berjaya mengumpulkan dana yang banyak selepas ia tular di platform Threads dan dipercayai jumlah sumbangan sudah melebihi ribuan ringgit.

Bagaimanapun, seorang jemaah lain langsung berkongsi realiti sebenar apa yang terjadi ke atas jemaah yang terkandas di Jeddah pada ketika ini.

Sebagai permulaan, lelaki yang dikenali sebagai Ammar yang juga bekerja sebagai mutawif menjelaskan bahawa dia juga merupakan salah seorang daripada jemaah yang terkandas di sana namun menaiki penerbangan dengan syarikat yang berbeza.

Jelasnya, wanita itu dan dia juga sebenarnya diuruskan oleh agensi pelancongan yang sama dan segala urusan untuk kebajikan jemaah telah diuruskan dengan baik oleh pihak agensi mahupun syarikat penerbangan.

Encik Ammar menegaskan bahawa banyak fakta yang bercanggah daripada apa yang sebenarnya terjadi. Ini termasuklah dakwaan seolah-olah pihak agensi pelancongan dan syarikat penerbangan melepaskan tangan dalam perihal kebajikan sehingga perlu meminta bantuan rakyat Malaysia untuk membeli tiket pulang ke Malaysia.

Sewaktu terkandas pada hari pertama dan kedua, pihak agensi telah memberikan tempat penginapan di hotel dan menaja makanan seharian.

Dakwanya, ketua kumpulan malah cuba berbincang dengan wanita itu untuk tidak memanjangkan isu tersebut di media sosial memandangkan sebarang keperluan asas seharian telah diuruskan tetapi tidak diendahkannya.

“Ketua kumpulan cuba bincang untuk dengan saudari saya ini. Tapi dia buat endah tak endah lah. Dia tetap nak posting di TikTok untuk dia punya inilah.

“So, dia tak boleh nak berbincang.  Sebenarnya, hari yang kedua, hari yang pertama dan hari yang kedua syarikat tanggung, hotel, makan minum, semua tanggung,” ujarnya.

Baki beberapa hari berikutnya, pihak Emirates pula mengambil alih tanggungan penginapan dengan menempatkan kumpulan jemaah berkenaan di hotel mewah.

“Dan tak ada istilah saudari duduk di tepi jalan, mengemis, meminta. Saya rasa peliknya saudari mengatakan seolah-olah travel agency dan pengurusan penerbangan tak bagi langsung penginapan dan makanan.  Dan saudari juga meminta-minta pada rakyat Malaysia lah posting untuk balik dan sebagainya,” kongsinya.

Bahkan, tiket penerbangan pulang pun sudah disahkan bakal berangkat bertarikh 5 Mac pada waktu Jeddah 4:15 pagi. Sepanjang tempoh terkandas terbukti telah dibantu dengan baik oleh semua pihak berkaitan demi keselesaan jemaah yang terjejas.

“So, semua orang terkandas di jedah. Tapi tak adalah terpaling terkandas. Terpaling terkandas. So, makanan disediakan. Saya boleh tampilkanlah bukti-bukti tiket. Yang mana tiket yang diberitahu oleh group leader saudari,” katanya lagi.

Mahu menyebarkan kebenaran dengan meluas kepada orang awam dengan komen di hantaran wanita terbabit namun telah dipadam berulang-kali.

Oleh itu, dia mempersoalkan apakah niat sebenar wanita itu dengan menjaja cerita picisan sambil meminta sumbangan dari rakyat Malaysia.

“So, saya nak tanyalah apa sebenarnya nak ni. Nak scam orang ke? Nak cerita kebenaran sebenarnya. So, janganlah buat macam ni,” soalnya.

Perkongsian lelaki itu mulai mendapat kepercayaan orang ramai apabila mereka mendapati wanita itu telah memadam video asal dan hantaran bersama QR di akaun media peribadi.

Boleh lihat video lanjut di bawah:-

@ammarnadihomedeco

video penjelasan kebenaran jemaah yang terkandas di Jeddah. @Dr akmalsaleh @ERA @astroawani @Malaysia Airlines @Emirates #kebenaran #muhasabahdiri

♬ bunyi asal – AMMAR NADI HOME DECO – AMMAR NADI HOME DECO

@ammarnadihomedeco

part 3.. semoga terjawap. @Dr akmalsaleh @ERA @astroawani.com @Sinar Harian @Emirates @Malaysia Airlines #terlajakperahubolehdiundur #kebenaran #fyppppppppppppppppppppppp

♬ bunyi asal – AMMAR NADI HOME DECO – AMMAR NADI HOME DECO

@ammarnadihomedeco

maka terjawap lah persoalan bagi semua… harap nilaikan wahai rakyat Malaysia ☺️.. cuma nak tanya duit yang kutip tu dengar kata banyak nak buat apa ye🙈🙈 @chayennn6 @Dr akmalsaleh @ERA @astroawani.com @Emirates @Sinar Harian @bharianmy @bernamaofficial @hotfm976_ #fyppppppppppppppppppppppp #kebenaran #muhasabahdiri #jemaahterkandas #terlajakperahubolehdiundur

♬ bunyi asal – AMMAR NADI HOME DECO – AMMAR NADI HOME DECO