Sudah menjadi tanggungjawab bagi pihak polis dalam menjaga keselamatan orang ramai sekaligus menjadi tempat untuk orang ramai melaporkan sesuatu kejadian atau insiden.

Di sebalik pekerjaan pihak polis yang tidak pernah kenal erti penat lelah, masih terdapat segelintir pihak polis yang didakwa seolah mengambil kesempatan menerusi kuasa yang dimiliki.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Situasi ini turut berlaku kepada seorang influencer terkenal iaitu Dahlia Rizal yang tampil berkongsi di Twitter di mana beliau telah ditahan oleh pihak polis sewaktu memandu.

Tidak hanya bertanya atau membuat soal siasat ringkas di mana beliau berada dalam kereta, Dahlia memaklumkan turut diarah keluar kereta oleh pihak polis sebelum ditanyakan soalan-soalan yang tidak berkaitan.

https://twitter.com/DahliaRizal/status/1627309358823661568

Perkongsian ringkas yang dibuat menerusi platform Twitter ini telah mendapat pelbagai perhatian para netizen khususnya para wanita yang memaklumkan mereka turut pernah mengalami situasi yang sama.

Tidak kurang juga yang memaklumkan pernah menerima mesej perkenalan daripada pihak polis berikutan nombor yang diberikan sewaktu membuat laporan polis.

Sementara itu, terdapat seorang netizen yang memaklumkan mereka yang pernah mangsa kepada salah laku pihak berkuasa boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkusaan di mana aduan boleh dibuat secara dalam talian sahaja.

Diharap isu seperti ini tidak lagi berulang kerana bukan sahaja membuatkan para wanita berasa tidak selesa serta berada terancam malah mampu membawa imej yang kurang baik buat pihak polis.