Umum ramai mengetahui adalah satu kesalahan jika kedai makan meletakkan meja dan kerusi di kawasan parkir untuk menambah ‘ruang makan’ buat pelanggan mereka.
Bagaimanapun masih ada yang berdegil tidak mengendahkan peraturan yang telah ditetapkan itu.
Baca Juga:
- SPA Berjaya Kesan 46,000 Penipu Identiti, Warga Asing Cuba Mohon Kerja Sektor Awam
- Langgar Belakang Myvi Hingga Kemik, Warga Asing Kata RM50 Cukup Untuk Baiki Kerosakan
- Lelaki Warga Asing Enggan Pakai Pelitup Muka, Buat Kecoh Maki Pekerja Di Ampang
Baru-baru ini tular satu klip video berdurasi satu minit di mana seorang warga tempatan bertikam lidah dengan warga asing mengenai perihal berkenaan.
Pada awal video berkenaan warga tempatan dan warga asing saling merakam satu sama lain sambil mempertikai kebenaran diberikan oleh penguatkuasa tempatan untuk meletakkan kerusi dan meja di kawasan parkir tersebut.
Ketika bertikam lidah, warga tempatan memarahi warga asing tersebut yang didakwa telah mencampak kerusi ke arah keretanya yang diletakkan di hadapan kedai makan berkenaan.
Tidak lama kemudian, ada seorang warga asing lain segera menenangkan keadaan dan meminta warga tempatan untuk masuk ke dalam kereta segera untuk mengelakkan pergaduhan itu berlarutan.
Perkongsian video pendek di YouTube itu telah meraih perhatian netizen yang mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap warga asing yang membelakangi undang-undang yang telah ditetapkan.