Baju kurung merupakan busana yang sering digayakan oleh para wanita di negara kita sejak dari zaman dahulu lagi. Daripada si dara ke ibunya, tidak kisahlah di pagi raya mahupun hari-hari biasa, busana ini bukan sahaja sebuah warisan negara malah, ia juga merupakan sesuatu yang tidak pernah dilupakan.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila pengasas jenama Nala Designs, Lisette Scheers ini dikecam hebat oleh para netizen apabila Scheers mendakwa bahawa busana yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia itu sudah dilupakan.
Memetik sepatah dua kata dari wawancara wanita berdarah Belanda ini bersama portal South China Morning Post, Scheers berkata bahawa beliau mengimpikan busana Baju kurung untuk kembali dan berharap agar orang Melayu akan kembali berpakaian cantik seperti dahulu serta berbangga dengan warisan negara ini.
Scheers yang difahamkan telah membesar di negara ini berkata bahawa Malaysia penuh dengan fabrik yang cantik dan berwarna-warni. Oleh itu katanya, beliau kini sedang berusaha agar warisan negara ini tidak ditelan zaman.
Dianggap merendahkan dan bersifat neo-colonialism
Apa yang diperkatakan oleh Scheers di artikel yang ditulis oleh portal tersebut dianggap mempunyai nada yang merendahkan rakyat Malaysia, khususnya Melayu dan bersifat neo colonialism. Rata-rata mereka yang membaca artikel tersebut berasa kecewa dan marah dengan setiap perkara yang diperkatakan.

Artikel tersebut juga telah tular di laman media sosial seperti Twitter dan Instagram dan secara tidak langsung, mengundang kecaman dan komen dari mereka yang membacanya.
Menurut komen dari para netizen, Baju kurung tidak pernah dilupakan malah busana tersebut sering sahaja digayakan oleh rakyat Malaysia tak kira kaum.
Netizen turut juga beranggap bahawa setiap perkara yang diperkatakan Scheers itu adalah tidak berasas dan menggelarkan beliau sebagai seorang kapitalis yang mengaut untung dari warisan dan budaya rakyat Malaysia.
I finally read that condescending af & neo-colonial feature of the Dutch founder of Nala Designs by @thejourneybird in @SCMPNews, & yes I can confirm it was as bad & cringe as I thought. pic.twitter.com/bnB3GueYpE
— Zurairi A.R. (@zurairi) January 15, 2021
https://twitter.com/__sarahmad/status/1350307658352402433?s=21
“Malays dressing beautifully again.”
Wah. The audacity, the entitlement, the superiority complex, and ignorance. How condescending. Takda siapa tunggu your approval or tanya your opinion lah. Malays DRESS BEAUTIFULLY ALWAYS. pic.twitter.com/hbbvkcT0T1— Nandini Balakrishnan (@Nandinibundini) January 16, 2021
Ekoran dakwaan yang dikatakan tidak berasas oleh Scheers itu, ramai dari para netizen yang tampil untuk berkongsi gambar mereka mengenakan busana warisan negara tersebut.Perkongsian tersebut dibuat di atas tujuan untuk membuktikan bahawa mereka tidak pernah malu dengan warisan negara itu dan ianya jauh sekali untuk dilupakan.
Selain dari Baju kurung, warganet juga mengambil kesempatan untuk mengongsikan gambar mereka dengan pakaian tradisi Melayu yang lain seperti Baju Melayu dan Baju Kebaya.
“My dream is to see the baju kurung return, to see Malays dressing beautifully again. I want people here to be proud of their heritage.” pic.twitter.com/BO4E8LXjkZ
— SHARINA (@sharinashahrin) January 16, 2021
Well, since it caught your attention: jom kita pakai baju kurung hari ni!
Reply with a picture of you beautifully dressed in this much-loved national costume, today. Will post mine sat lagi. Onz? pic.twitter.com/gme9JUDbsl
— MokcikNab 阿利達 (@mokciknab) January 16, 2021
https://twitter.com/juansean_/status/1350358048636768257
Not a baju kurung tp kebaya klasik is my fav ever… pic.twitter.com/feWsqxbcKP
— fp (@TiaDefrina) January 16, 2021
Tampil memohon maaf
Berikutan kecaman yang diterima, pengasas tersebut tampil untuk memohon maaf menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagram Nala Designs pada malam semalam.
Berdasarkan perkongsian tersebut, Scheers memohon maaf di atas kesalahpahaman yang timbul dari artikel yang telah ditulis dan kerana memberikan tanggapan yang salah mengenai busana warisan negara tersebut.
https://www.instagram.com/p/CKGqLADnBfH/
“Saya selalu menganggap Malaysia sebagai rumah bagi saya dan saya amat menyayangi negara ini.
“Bagi saya, Malaysia merupakan sumber inspirasi dan rakyatnyalah yang membuatkan negara ini istimewa dan saya masih lagi mencuba untuk belajar tentangnya,” jelas Scheers.
Baca perkongsian kami berkenaan isu-isu yang telah tular melalui pautan di bawah.
Rendah Diri Dan Peramah, Gadis Ini Kongsi Kisahnya Bertemu Sultan Perak Di Kedai Buku
Stress Dengan Sasaran Yang Tinggi, Para Guru Gantung Sepanduk Usir ‘Pengetua Mental’