Tular satu rakaman video sebuah bas Rapid terlibat kemalangan dengan sebuah kereta serta motosikal. Kapten dan penumpang bas Rapid Penang dilaporkan dalam keadaan selamat selepas terbabit kemalangan di Jalan Tun Sardon, Pulau Pinang.
Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Rapid Penang, kejadian terbabit berlaku pada pukul 6.41 pagi melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Kenari berwarna putih yang dinaiki oleh lelaki dan wanita telah berlanggar bahagian hadapan bas Rapid Penang laluan T502.
Sebuah motosikal yang berada di belakang kereta Kenari pada waktu itu juga turut terlibat dalam kemalangan tersebut.
@utusantvofficial Bas “makan jalan” di Jalan Tun Sardon Balik Pulau | HK Lim | 1 OGOS 2022. #TrendingNewsMalaysia #beritaditiktok #fyp
“Walau bagaimanapun, kapten bas berserta seorang penumpang yang berada dalam bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan. Semua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital yang berdekatan,” petik kenyataan Rapid Bus.
Namun, penjelasan yang dikeluarkan oleh pihak Rapid Penang itu mengundang rasa tidak puas hati warganet. Menurut orang ramai, berdasarkan video yang tular di media sosial ketika ini, jelas kelihatan bas Rapid itu ‘makan jalan’ di selekoh sehingga mengakibatkan pertembungan dua pengguna jalan raya lain.
Dalam pada itu, seorang rakan kepada kakak mangsa yang menaiki motosikal berkongsi menerusi TikTok bahawa mangsa wanita sudah sedar, namun mengalami beberapa kecederaan parah.
Paru-paru mangsa bocor, hati rosak sedikit, bahagian kepala ada pendarahan tetapi tidak berbahaya dan lehernya patah. Buat masa ini mangsa masih mendapatkan rawatan di ICU.
Manakala mangsa dalam Perodua Kenari tidak dapat dipastikan keadaan mereka sekarang, namun berdasar gambar yang ada dalam video TikTok tersebut, kereta terbabit hancur teruk akibat pertembungan.
* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.
Seorang pemandu Myvi mendakwa dia sedang melihat Waze sebelum merempuh kereta dinaiki tiga beranak. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Rempuh Kereta Dinaiki Tiga Beranak, Pemandu Myvi Dakwa Sedang Lihat Waze Sebelum Kemalangan
Insiden Warga Singapura Gesel Kereta Tunku Idris, Polis Tunggu Hasil Siasatan
Ada 7 Rekod Jenayah Lampau, ‘Samseng Vios’ Pecahkan Cermin Kereta Ditahan