Setiap kali pergi beraya rumah orang, sedikit sebanyak kita akan judge sesuatu yang ada di rumah orang seperti saiz rumah, kebersihan rumah, kereta & motosikal yang ada, barang perhiasan digunakan dan lain-lain.

Bagaimanapun seorang pemuda dari Indonesia membuat perkara yang berbeza, apabila dia membuat review tandas rumah semasa pergi beraya baru-baru ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, lelaki itu memberikan komen pro dan kontra tandas yang dia masuk.

Pada masa sama dia turut memberikan rating bintang mengikut pengalaman keseluruhan.

“Saya sudah dapat persetujuan daripada pemilik rumah ya,” kata lelaki itu dalam hantaran TikTok.

Sumber Gambar: TikTok @rckyrm14
Sumber Gambar: TikTok @rckyrm14
Sumber Gambar: TikTok @rckyrm14

Walaupun video review tandas itu cuma berkongsi beberapa keping gambar sahaja, video TikTok itu mendapat lebih 2.4 juta tontonan, 175 ribu tanda suka dan 2,600 komen daripada pengguna TikTok.

Rata-rata ramai tidak menjangka sebenarnya ada tetamu datang beraya yang meneliti tandas rumah orang.

Perkara itu membuatkan ramai berasa bimbang dan ‘sudah faham’ mengapa perlu membersihkan tandas apabila menjelang Hari Raya.

Sumber Gambar: TikTok @rckyrm1
Sumber Gambar: TikTok @rckyrm1
Sumber Gambar: TikTok @rckyrm1

Dalam pada itu, ada netizen yang rasa kurang senang dengan tindakan pemuda itu yang tidak menghormati privasi walaupun pemilik rumah mengizinkannya membuat konten.

Tindakan lelaki itu seolah-olah mahu menunjukkan pemilik rumah tidak menitikkan kebersihan dan keselesaan tetamu.