Gelaran PU atau Pencetus Ummah sekali lagi menjadi sebutan orang ramai apabila PU Abu yang pernah kontroversi disebabkan isu melibatkan kahwin isteri kedua dan seterusnya bercerai didakwa masih belum ‘move on’.

Menurut Hana Azraa selaku bekas isteri Abu Sufyan atau lebih dikenali sebagai PU Abu telah mendedahkan menersi Instagram Stories miliknya bahawa dirinya dan keluarga masih diganggu walaupun sudah bercerai. Menurut Hana yang sedang menjalani ibadah umrah, beliau mendedahkan bahawa bekas suaminya itu kebetulan turut berada di sana serta.

Baca Juga:

Sumber: Instagram Hana Azraa

Tambahnya, tindakan Abu yang masih mengganggu keluarganya itu dan disifatkan talam dua muka telah membuatkan dirinya hilang sabar sehingga mahu membuka cerita sebenar.

Menerusi Instagram Stories tersebut, Hana berkongsi tangkap layar perbualan Abu bersama adik beradiknya. Malah, Hana turut bersimpati dengan Ain ‘Afini Latif yang didakwa dipergunakan oleh Abu di media sosial.

Sumber: Instagram Hana Azraa

Menurut Hana, beliau tidak teragak-agak untuk ‘spill the tea’ atau membuka pekung melibatkan dua ahli syurga yang merujuk kepada PU Abu dan Ain sekiranya masih lagi diganggu khususnya melibatkan keluarga beliau sendiri.

Pada April 2019, Abu dan Hana berkahwin ketika Ain sarat mengandung serta Hana didakwa menjadi punca tercetusnya konflik antara Ain dan Abu sehingga bercerai. Untuk pengetahuan anda, Abu dan Ain bercerai pada 16 Mei tahun lalu dan telah rujuk semula.