Sebuah tembok kawasan perumahan rosak teruk selepas dilanggar sebuah Tesla Model 3 baru-baru ini.

Menurut hantaran Facebook YC Shaun pemandu kereta EV itu dalam perjalanan pulang dari restoran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pemandu terbabit mendakwa kawasan Jalan BS 3/12, Serdang itu terlalu gelap menjadi punca insiden tersebut berlaku.

Bagaimanapun menurut netizen, ‘alasan’ diberikan oleh pemandu itu tidak masuk akal.

Gambar-gambar yang tular menunjukkan lampu jalan sangat terang-menderang di lokasi kejadian.

Ramai beranggapan pemandu pada ketika itu mungkin leka atau sedang menggunakan mod pemanduan automatik.

Sumber Gambar: IG @vocketcarclub

Dalam pada itu ramai mempersoal mengapa ada ‘tembok binaan sendiri’ di lorong jalan itu.

Menurut YC, tembok tersebut dibina oleh penduduk setempat sejak 10 tahun lalu. Pada waktu itu pada bahagian sebelah masih belum dibangunkan lagi, jadi penduduk membinanya untuk perlindungan mereka sendiri.

“Kewujudan tembok itu telah dikemaskini dalam semua versi peta navigasi online,” kata YC.

Setakat artikel ini ditulis, tiada mana-mana pihak berkuasa melaporkan lebih lanjut mengenai insiden Tesla melanggar tembok perumahan itu.

Sumber