Walaupun Malaysia sering dilihat bermasalah di mata sebahagian netizen Indonesia, mereka dipercayai kini mahu berpindah ke sini di atas beberapa faktor yang diinginkan.

Baru-baru ini, seorang netizen Indonesia meluahkan pendapatnya yang mahu berpindah ke Malaysia kerana lebih banyak peluang pekerjaan secara khususnya.

“Saya patut pindah ke Malaysia ke, sepertinya kos hidup yang lebih kurang sama seperti di Jakarta tetapi lebih banyak peluang di sana”, kongsinya.

Dia langsung mahu mencari informasi bagaimana mahu berpindah ke Malaysia dengan pas digital nomad buat pertama kalinya.

Perkongsian lelaki itu langsung meraih perhatian dari rakan senegaranya dan ramai bersetuju yang mereka juga mahu berpindah ke Malaysia.

Selain mempunyai peluang pekerjaan yang lebih meluas, mereka merasakan kualiti kehidupan di sini jauh lebih bagus dari negaranya.

Ini termasuklah kehadiran fasiliti awam yang bagus, tahap pendidikan yang lebih advanced serta mempunyai persekitaran yang kondusif secara keseluruhannya.

Selain itu, mereka juga merasakan penawaran gaji di sini lebih kompetitif sekaligus mampu menampung kos sara hidup sambil menambung jika kalau nak dibandingkan dengan gaji di negara asalnya.

Malah, ada yang pernah atau masih menetap di sini berkongsi yang mereka sangat gembira dapat menikmati kemudahan elektrik dengan caj yang rendah.

Ada yang mendakwa negara Indonesia sudah tiada harapan lagi kerana kemelut politik dan juga kelemahan pemimpin dalam membangunkan negara terbabit.

Sementara warga Indonesia berbincang dengan galaknya berbincang tentang pelan untuk berpindah ke sini, netizen Malaysia sempat menyampuk dengan meminta mereka untuk membatalkan hasratnya itu.

Hal ini kerana ramai yang merasakan agak bercanggah dengan segala lontaran yang dikeluarkan berkaitan Malaysia sebagai negara mundur dan seumpamanya tetapi masih mahu berpindah ke sini pula selepas itu.