Orang ramai sering dimomokkan dengan pengguna jalan raya di Malaysia sering kali dikaitkan sebagai pemandu yang berbahaya.
Bagaimanapun baru-baru ini seorang lelaki dari Indonesia berkongsi perspektif yang berbeza semasa dia datang bercuti di sini.
Baca Juga:
- Lelaki Indonesia Kongsi Bahagian Paling ‘Candu’ Sewaktu Naik Kapal Terbang Dari Malaysia
- Polis Indonesia Sahkan 45 Rakyat Malaysia Kena ‘Pau’ Semasa Konsert Di Jakarta
- Netizen Indo Minta Bantuan Rakyat Malaysia Buli Kerajaan Indonesia
Menurutnya pemandu Malaysia jauh lebih baik daripada pemandu di Indonesia. Dia kongsikan beberapa sebab berdasarkan pemerhatiannya berada di jalan raya negara ini.
“Sedikit cerita jalan-jalan di Malaysia kelmarin. Cara pemanduan mereka sangat berbeza dengan di sini (Indonesia).
“Jarang sekali terjumpa dengan lane hogger, atau trafik kenderaan yang serabut, serta kenderaan diletakkan di bahu jalan. Semuanya bergerak dengan teratur,” kata Instagram @jaenikurniadi.
Tambahnya lagi, walaupun trafik sesak, semua kenderaan bergerak mengikut lorong masing-masing.
Bahkan pemandu Malaysia sangat bersabar apabila mengikut belakang lori sehingga lori menghimpit lorong kiri untuk memberi laluan kepada kenderaan-kenderaan di belakang memotongnya.
“Semua orang juga tahu lorong kanan untuk memotong, jadi tak pernah nampak lane hogger sepanjang berada di sini,” katanya lagi.
Video yang dimuat naik itu telah meraih hampir 2,000 komen. Rata-rata ramai netizen Indonesia menyokong kenyataan yang dikongsikan oleh @jaenikurniadi.
Ada berpendapat oleh sebab itulah Malaysia jauh lebih maju daripada Indonesia dengan adanya rakyat yang mempunyai ciri-ciri berhemah di atas jalan raya.
“Memang patut Malaysia 2025 dinobatkan sebagai negara maju secara mental dan ekonominya,” ujar salah seorang netizen Indonesia.